CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 86152|Reply: 0

[Kedah] Pasukan penasihat Johari Abdul dalam proses sediakan jawapan balas saman pemula BERSATU

[Copy link]
Post time 24-12-2024 05:41 PM | Show all posts |Read mode
Pasukan penasihat Johari Abdul dalam proses sediakan jawapan balas saman pemula BERSATU

Noorazura Abdul Rahman - Disember 24, 2024 @ 4:47pm [email protected]





Tan Sri Johari Abdul (tengah) dan (dari kiri) Zahari Kechik, Mohd Azizi Abu Naim, Datuk Dr Zulkafperi Hanafi, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal dan Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid.





GURUN: Pasukan penasihat kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul dalam proses menyediakan jawapan balas terhadap saman pemula difailkan BERSATU di mahkamah bagi menuntut perisytiharan bahawa keputusan beliau tidak mengosongkan kerusi lima Ahli Parlimen yang dipecat parti itu, sebagai tidak berperlembagaan.

Johari berkata, ia susulan permintaan Peguam Negara supaya Pejabat Yang Dipertua Dewan Rakyat menyediakan segala yang diperlukan bagi menjawab saman pemula yang difailkan parti diterajui Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 15 November lalu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

"Pihak Peguam Negara telah pun meminta saya menyediakan bahan-bahan yang kini sedang dalam persediaan. Jadi kita sedang uruskan, penasihat-penasihat saya sedang menguruskan respons kepada apa yang kita perlu buat.

"Selepas ini kita tunggu dan lihat, mungkin mahkamah akan teruskan atau pun memanggil untuk pengurusan kes dan sebagainya," katanya selepas menyerahkan bantuan kepada mangsa banjir di Masjid Safuan, Jeniang, di sini hari ini.

Pada 18 November lalu, media melaporkan saman pemula itu difailkan Setiausaha Kerja BERSATU, Datuk Muhammad Suhaimi Yahya dan Ketua WHIP parti itu di Dewan Rakyat, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee selaku plaintif melalui firma guaman, Tetuan Chetan Jethwani & Company.

Selain Johari, BERSATU turut menamakan lima bekas Ahli Parlimen parti berkenaan, iaitu Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang); Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar); Zahari Kechik (Jeli); Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang) dan Datuk Dr Zulkafperi Hanafi (Tanjong Karang) sebagai defendan.

Parti itu memohon perisytiharan, antaranya Johari melalui surat bertarikh 9 Julai lalu bertindak menyalahi peruntukan nyata Perkara 49A(3) Perlembagaan Persekutuan apabila secara salah membuat keputusan tidak berlakunya kekosongan luar jangka bagi lima kerusi Parlimen terbabit.

Mereka juga memohon perisytiharan mahkamah berhak memperbetulkan mana-mana tafsiran salah oleh mana-mana pihak, termasuk tafsiran salah Johari atau mana-mana Speaker Dewan Negeri dan Dewan Undangan Negeri.

Antara alasan dikemukakan plaintif dalam saman pemula itu ialah bermula 12 Oktober tahun lalu, kelima-lima Ahli Parlimen berkenaan telah mengalihkan sokongan kepada perdana menteri dan kerajaan, jelas melanggar ketetapan BERSATU dan Perikatan Nasional (PN) tidak menyokong atau menyertai kerajaan diterajui Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Plaintif berkata, perbuatan lima defendan itu walaupun mengakui masih menjadi ahli BERSATU, adalah perbuatan lompat parti dan mereka memanipulasi undang-undang antilompat parti dengan mengambil kesempatan tidak meninggalkan BERSATU walaupun tindakan mereka jelas melanggar dasar parti.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/12/1340874/pasukan-penasihat-johari-abdul-dalam-proses-sediakan-jawapan-balas





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 08:05 PM GMT+8 , Processed in 0.049644 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list