CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 20991|Reply: 0

[Kedah] Penjelasan video tular larangan ambil gambar dalam Masjid Jamek Darulaman Guar Lobak

[Copy link]
Post time 22-12-2024 04:41 PM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 22-12-2024 04:43 PM

Penjelasan video tular larangan ambil gambar dalam Masjid Jamek Darulaman Guar Lobak

NURUL HIDAYAH HAMID
22 Disember 2024 04:02pm




Tangkap layar video tentang larangan jurugambar ambil gambar dalam masjid yang tular di aplikasi TikTok.




ALOR SETAR - Masjid Jamek Darulaman Guar Lobak, Padang Serai di daerah Kulim tampil memberi penjelasan tentang video larangan jurugambar mengambil gambar dalam masjid seperti yang tular di aplikasi TikTok.

Imamnya, Ahmad Farid Osman berkata, pihak masjid sebelum ini tidak pernah melarang jurugambar untuk mengambil gambar pasangan yang akad nikah di masjid tersebut.


Bagaimanapun, beliau menjelaskan, tindakan itu terpaksa diambil selepas beberapa peristiwa berlaku ketika acara akad nikah berlangsung di masjid yang mencetuskan ketidakselesaan anak kariah beberapa tahun lepas.

"Pihak masjid kemudiannya menetapkan beberapa garis panduan antara masjid dan jurugambar, namun kejadian itu berulang.


"Jawatankuasa masjid akhirnya mengambil keputusan tidak lagi membenarkan jurugambar mengambil gambar dalam masjid itu untuk kebaikan semua kerana prihatin dengan ketidakselesaan anak kariah," katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.

Bagaimanapun, tambah beliau, pihaknya juga memahami keinginan pengantin sekali gus turut melantik jurugambar khas untuk merakamkan gambar pasangan ketika acara akad nikah di masjid ini.


"Justeru, pihak masjid bukanlah langsung tidak membenarkan gambar kenangan diambil dalam masjid, cuma jurugambar masjid pastinya tahu gambar bersesuaian dengan situasi di masjid," katanya.

Ahmad Farid memberitahu, jurugambar masjid akan merakamkan gambar pasangan dari pelbagai sudut untuk dijadikan kenangan buat pasangan terlibat.



"Kami ada dua jurugambar dan jikalau kedua-duanya tiada ketika itu, kami akan minta bantuan ahli keluarga pengantin untuk membantu mengambil gambar upacara akad nikah itu.

"Selepas ini, pihak masjid bersedia membenarkan semula jurugambar mengambil gambar dalam masjid pada masa depan sekiranya keadaan lebih terkawal,"katanya.

Sebelum ini, tular video di TikTok tentang larangan jurugambar mengambil gambar dalam masjid hingga mendapat pelbagai reaksi masyarakat.

Bagaimanapun, semakan Sinar Harian mendapati video terbabit sudah tiada dan tidak boleh dilihat dalam aplikasi berkenaan.


https://www.sinarharian.com.my/article/703492/edisi/utara/penjelasan-video-tular-larangan-ambil-gambar-dalam-masjid-jamek-darulaman-guar-lobak


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 08:25 PM GMT+8 , Processed in 0.380440 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list