CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 53917|Reply: 0

[Perlis] Wang Kelian mula kena serbu, pelancong mahu ke Thailand

[Copy link]
Post time 21-12-2024 09:29 PM | Show all posts |Read mode
Wang Kelian mula kena serbu, pelancong mahu ke Thailand

Aizat Sharif[email protected]





Trafik di Kompleks ICQs Padang Besar masih terkawal dan lancar walaupun berlaku peningkatan kenderaan yang mahu menju ke Hatyai dan Songkhla, Thailand untuk bercuti sempena cuti sekolah yang baharu bermula hari ini. FOTO AIZAT SHARIF





Padang Besar: Ketibaan musim cuti sekolah dan sambutan Krismas menyebabkan pelancong mengambil kesempatan untuk bercuti ke Thailand mengakibatkan Wang Kelian mengalami kesesakan sehingga dua kilometer.

Tinjauan Harian Metro hari ini mendapati kesesakan bermula dari Arked Niaga Wang Kelian hingga ke Pos Imigresen Wang Kelian.

Kebanyakan kenderaan termasuk bas tiba berhampiran Arked Niaga Wang Kelian seawal 6 pagi untuk bercuti di destinasi percutian seperti Satun, Pakbara, Koh Lipe dan Trang.

Bagaimanapun, situasi berbeza di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQs) Padang Besar apabila keadaan trafik dilihat lancar.

Pelancong, Zaidi Markom, 35, berkata dia bersama keluarga dari Klang, Selangor bertolak dari rumahnya pada 9 malam tadi untuk bercuti di Koh Lipe.

Menurutnya, mereka tiba di negeri ini kira-kira 5 pagi tadi dan bersarapan di Kangar sebelum datang ke Wang Kelian.

"Saya lihat beberapa kenderaan serta konvoi motosikal sudah beratur di Pos Imigresen Wang Kelian meskipun pintu sempadan belum dibuka.

"Kami hendak bercuti di Thailand disebabkan harga murah dan berpatutan berbanding mengeluarkan belanja untuk bercuti di Langkawi," katanya.

Pelancong lain Lee Seng Kim, 47, berkata dia bersama rakannya bertolak dari rumah di Ipoh, Perak sekitar 4 pagi tadi menuju ke Hatyai.

"Saya ingin menyambut Krismas di Hatyai sebelum meneruskan perjalanan ke Songkhla dan Krabi. Saya harap cuti sekolah ini tidak menjejaskan pergerakan kita di Thailand," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Padang Besar Asisten Komisioner Mohd Shokri Abdullah ketika dihubungi berkata, pemantauan polis di Pos Imigresen Wang Kelian mendapati berlaku peningkatan trafik berbanding hari biasa.

"Kita jangka berkemungkinan trafik akan terus bertambah (menuju Pos Imigresen Wang Kelian) sekitar tengah hari hingga awal petang ini.

"Ini disebabkan ramai yang mahu ke Satun dan kawasan sekitarnya," katanya.



Disiarkan pada: Disember 21, 2024 @ 4:21pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/12/1168597/wang-kelian-mula-kena-serbu-pelancong-mahu-ke-thailand




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 08:25 PM GMT+8 , Processed in 0.175552 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list