CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 38395|Reply: 0

[Kedah] Uzma menang sub-kontrak RM44.15 bina loji solar di Sungai Petani

[Copy link]
Post time 20-12-2024 12:49 AM | Show all posts |Read mode
Uzma menang sub-kontrak RM44.15 bina loji solar di Sungai Petani

Oleh BERNAMA - Disember 19, 2024 @ 11:12pm




Uzma Bhd.



KUALA LUMPUR: Anak syarikat milik penuh langsung Uzma Bhd, Uzma Environergy Sdn Bhd (UENV), dianugerahkan kontrak bernilai RM44.15 juta daripada Samaiden Sdn Bhd.

Ia berkata ini membabitkan kerja-kerja subkontrak untuk Loji Fotovolta Solar 13.42 megawatt (MWac) yang terletak di Sungai Petani, Kedah.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, Uzma berkata projek itu akan dibangunkan di bawah Program Tenaga Hijau Korporat (CGPP) yang ditadbir oleh Suruhanjaya Tenaga.

"Skop kerja merangkumi pembangunan kemudahan penjanaan solar, termasuk kemudahan penyambungan syarikat penjana kuasa (Genco), penyambung, dan kerja Genco seperti yang ditakrifkan dalam perjanjian sambungan yang dimeterai antara Tenaga Nasional Bhd (TNB) dan Genco.

"Tempoh kontrak adalah lapan bulan 14 hari, dan tarikh operasi komersial yang dijadualkan ialah 30 Ogos, 2025," katanya.

Uzma berkata, kontrak itu tidak akan memberi kesan kepada modal saham dan struktur pegangan saham syarikat.

"Bagaimanapun, ia dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan dan aset bersih sesaham syarikat bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2025 dan seterusnya sehingga tamat kontrak," katanya.
-BERNAMA

https://www.bharian.com.my/bisnes/korporat/2024/12/1339156/uzma-menang-sub-kontrak-rm4415-bina-loji-solar-di-sungai-petani





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 08:39 PM GMT+8 , Processed in 0.209583 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list