CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 20076|Reply: 0

[Perlis] Banjir: Kerajaan ambil kira kawasan selamat, tinggi untuk bina sekolah baharu

[Copy link]
Post time 17-12-2024 04:21 PM | Show all posts |Read mode
Banjir: Kerajaan ambil kira kawasan selamat, tinggi untuk bina sekolah baharu

BERNAMA - Disember 17, 2024 @ 3:37pm




Fadhlina pada sidang media Majlis Perasmian Blok Baharu Asrama SMKA Arau. - Foto NSTP/Luqman Hakim



ARAU: Kerajaan akan mengambil kira kawasan selamat dan tinggi bagi pembinaan sekolah baharu pada masa hadapan sebagai langkah memastikan bangunan sekolah kekal kondusif dan selamat, khususnya dalam menghadapi bencana banjir.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, berkata kerajaan perlu memberi perhatian kepada pemilihan lokasi yang lebih selamat memandangkan sekolah sering dijadikan pilihan sebagai pusat pemindahan sementara (PPS) ketika banjir.

"Bagi sekolah baharu, lokasinya mestilah di kawasan yang selamat dan tinggi kerana kita sedia maklum bahawa sekolah kita sering digunakan sebagai pusat pemindahan sementara. Jadi, sekolah tersebut perlu berada dalam keadaan yang selamat," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyerahan dua blok bangunan baharu Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Arau di sini hari ini.

Turut hadir Pengarah Pendidikan Perlis, Rose Aza Che Arifin.

Pembinaan dua blok bangunan baharu di SMKA Arau, yang siap pada Oktober lalu, membabitkan kos sebanyak RM19 juta.

Kemudahan yang disediakan termasuk asrama pelajar, dewan makan, bilik tasmik, surau, tandas, dan pejabat warden.

Fadhlina berkata apabila berlaku banjir dan bencana lain yang menimpa khususnya melibatkan sekolah maka aspek yang perlu dilihat ialah bagaimana sekolah itu terus menjadi kondusif untuk guru dan pelajar sekali gus tidak mengganggu proses pendidikan di sekolah berkenaan.

Sementara itu, Fadhlina berkata penyerahan dua blok bangunan baharu di SMKA Arau itu membuktikan iltizam Kementerian Pendidikan (KPM) untuk menyemarakkan syiar Islam iaitu memperkasakan program Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA) sekali gus meningkatkan akses pendidikan.

"SMKA Arau juga antara sekolah yang menawarkan program TMUA ini," katanya yang turut memaklumkan terdapat 15 sekolah di negara ini melaksanakan program TMUA iaitu 11 sekolah melibatkan SMKA manakala empat lagi di Sekolah Berasrama Penuh (SBP).

Beliau berkata jumlah pelajar pada masa ini bagi program TMUA di SMKA adalah seramai 7,073 orang manakala 2,380 pelajar di SBP dan pelajar TMUA bukan sahaja menghafaz Al-Quran malah mereka juga belajar dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

Fadhlina berkata matlamat utama TMUA adalah untuk melahirkan golongan profesional, teknorat dan usahawan hafiz yang mengamalkan ajaran Islam (mutadayyin) dan memiliki pelbagai kemahiran ilmu selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

"Program TMUA ini telah berjaya melahirkan lebih 7,000 pelajar hafiz Al-Quran di seluruh negara selepas 10 tahun pelaksanaannya sejak 2014, dengan jumlah terkini sebanyak 7,075 orang.

"Impak kepada pendidikan sangat besar, dan sekolah ini sentiasa jadi pilihan ibu bapa dan komuniti kerana keupayaan menyediakan aliran TMUA yang memang jadi harapan kita dapat memenuhi aspirasi pendidikan negara," katanya. – BERNAMA

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/12/1338117/banjir-kerajaan-ambil-kira-kawasan-selamat-tinggi-untuk-bina-sekolah





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 08:40 PM GMT+8 , Processed in 0.055248 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list