CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 46957|Reply: 0

[Kedah] BDB sumbang bantuan pasca banjir bernilai RM20,000

[Copy link]
Post time 16-12-2024 03:01 PM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 16-12-2024 03:02 PM

BDB sumbang bantuan pasca banjir bernilai RM20,000

WAN MOHD NOOR HAFIZ WAN MANSOR
16 Disember 2024 02:02pm





Haim Hilman (tengah) diiringi Raja Shahreen (tiga dari kiri) menyampaikan bantuan pasca banjir kepada para penerima di Masjid Sharifah Fatimah, Jitra. - Foto: BDB




ALOR SETAR - Terpanggil dengan nasib penduduk yang terjejas akibat bencana banjir pada akhir bulan lalu, Bina Darulaman Berhad (BDB) tampil menyampaikan bantuan pasca banjir berbentuk pek makanan keperluan harian bernilai lebih RM20,000.

Pengarah Eksekutif Kumpulan BDB, Raja Shahreen Raja Othman berkata, bantuan tersebut terdiri daripada barangan makanan seperti beras, tepung gandum dan gula.


Menurutnya, bantuan tersebut diserahkan kepada 300 orang penerima yang terjejas dalam bencana banjir di sekitar kawasan Jitra dan Kubang Pasu.


“BDB sentiasa bersedia untuk membantu meringankan beban mereka yang terjejas, yang terkesan bukan sahaja dari segi fizikal tetapi juga mental akibat kehilangan dan kerosakan harta benda yang berlaku.


"Sumbangan ini merupakan antara inisiatif BDB dalam usaha membantu mangsa-mangsa banjir yang sehingga hari ini sedang bertungkus-lumus untuk kembali menjalani kehidupan normal seperti sebelum bencana banjir,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Penyampaian Bantuan Pasca Banjir Kumpulan BDB yang berlangsung di Masjid Sharifah Fatimah, Jitra.


Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Jitra, Dr Haim Hilman Abdullah; Ketua Pegawai Operasi BDB, Mohd Sobri Hussein dan Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kubang Pasu, Kapten (PA) Mohd Adenin Suhaimi.

Majlis yang diadakan turut melibatkan kerjasama antara BDB dengan Pusat Khidmat Wakil Rakyat Dun Jitra serta Masjid Sharifah Fatimah.


Raja Shahreen berkata, sebagai syarikat berkaitan kerajaan, BDB akan terus bersama-sama membantu kerajaan negeri dan masyarakat setempat yang memerlukan bantuan, terutamanya dalam menghadapi bencana alam seperti banjir.

"Oleh itu, ia mewujudkan situasi menang-menang di mana BDB bukan sahaja memberikan bantuan kepada masyarakat setempat tetapi turut menyahut seruan Dr Haim Hilman untuk bersama-sama kerajaan negeri Kedah menyantuni rakyat di bawah.


"Inisiatif seperti ini tidak akan terhenti di sini sahaja di mana syarikat akan terus membantu dengan merangka pelbagai program tanggungjawab sosial korporat. BDB komited dalam usaha untuk memastikan prinsip matlamat pembangunan mampan serta persekitaran, sosial, dan tadbir urus terus dipacu pada masa hadapan,” ujar beliau.


https://www.sinarharian.com.my/article/702488/edisi/utara/bdb-sumbang-bantuan-pasca-banjir-bernilai-rm20000


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 08:48 PM GMT+8 , Processed in 0.054971 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list