CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 45808|Reply: 2

[Pulau Pinang] Enam termasuk dua wanita ditahan bersama dadah hampir RM3 juta

[Copy link]
Post time 16-12-2024 02:14 PM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 16-12-2024 02:15 PM

Enam termasuk dua wanita ditahan bersama dadah hampir RM3 juta

SYAJARATULHUDA MOHD ROSLI
16 Disember 2024 01:34pm





Mohd Alwi (tiga dari kiri) menunjukkan dadah yang bernilai hampir RM3 juta yang dirampas daripada keenam-enam suspek.




GEORGE TOWN - Polis berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah dengan menahan enam individu termasuk dua wanita serta merampas pelbagai jenis dadah bernilai hampir RM3 juta baru-baru ini.

Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin berkata, mereka yang ditahan merupakan warga tempatan berusia lingkungan 26 hingga 42 tahun.


Menurutnya, penahanan dan rampasan itu dilakukan dalam lima serbuan serentak di beberapa unit kediaman di bandar ini dan Butterworth pada 6 Disember dan 13 Disember lalu.


]
Selain dadah bernilai hampir RM3 juta, polis turut menyita sembilan buah kereta, wang tunai dan barang kemas.




"Hasil serbuan itu, polis merampas 9,822 gram ketamin, 17,050 pil erimin 5 seberat 4,496 gram, 1,503 gram ekstasi, 250.64 gram methylenedioxymethamphetamine (MDMA) dan daun kering dipercayai ganja seberat 3.2 gram.


“Polis percaya dadah ini adalah untuk pasaran tempatan, khususnya di pusat hiburan,” katanya pada sidang akhbar di Ibupejabat Polis Daerah Timur Laut di sini pada Isnin.

Tambah Mohd Alwi, susulan daripada serbuan pada 6 Disember itu hasil maklumat risikan, polis melancarkan satu lagi serbuan di sebuah kondominium yang disewa suspek di Sungai Nibong pada Jumaat lalu.


"Pemeriksaan di rumah terbabit membawa kepada penemuan pelbagai jenis dadah termasuk 55,250 pil erimin 5 seberat 15,602 gram, 382 gram ketamin dan 50 pil ekstasi seberat 21.05 gram.


“Siasatan lanjut mendapati sindiket terbabit bergerak aktif sejak awal tahun ini. Rumah terbabit dipercayai disewa untuk dijadikan stor menyimpan bekalan dadah sebelum dijual kepada pelanggan," katanya.

Mohd Alwi berkata, ujian air kencing ke atas keenam-enam suspek yang tidak mempunyai pekerjaan itu menunjukkan keputusan negatif dan tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

"Jumlah keseluruhan dadah yang dirampas dalam kedua-dua serbuan ini dianggarkan bernilai RM2.973 juta termasuk rampasan pada Jumaat yang berjumlah RM1.639 juta.


"Kesemua yang ditahan direman sehingga 20 Disember ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.

Beliau menambah, polis turut menyita sembilan kereta bernilai RM755,500, empat akaun bank berjumlah RM64,703.49, wang tunai sebanyak RM26,085 dan barang kemas bernilai RM800.


https://www.sinarharian.com.my/article/702477/berita/semasa/enam-termasuk-dua-wanita-ditahan-bersama-dadah-hampir-rm3-juta


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-12-2024 04:32 PM | Show all posts
tetaplah jerung tak pernah kena tangkap
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2024 03:32 PM | Show all posts
chinta89 replied at 16-12-2024 08:32 AM
tetaplah jerung tak pernah kena tangkap

jerung player di sebalik tabir je..


hands clean..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 08:39 PM GMT+8 , Processed in 0.974933 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list