CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 25544|Reply: 0

[Pulau Pinang] Main imbang tiang bendera guna jari

[Copy link]
Post time 16-12-2024 12:14 PM | Show all posts |Read mode
Main imbang tiang bendera guna jari

Zuhainy Zulkiffli[email protected]





CHINGAY berasal daripada dialek Hokkien dikenali sebagai perarakan jalanan penuh warna-warni dengan pertunjukan seni dan kemeriahan budaya. FOTO Zuhainy Zulkiffli




Georgetown: Mengimbangi tiang bendera setinggi hampir 12 meter dan seberat 10 kilogram (kg) dalam perarakan Chingay bukan perkara yang mudah, tambahan pula ia dilakukan dengan menggunakan jari telunjuk.

Aksi itu memerlukan stamina dengan latihan konsisten dan teknik tertentu diakui pemainnya Ong Ee Seen, 75, yang juga satu-satunya pemain Chingay di negara ini mempunyai kemahiran berkenaan.

Ong berkata, pada usia 20-an dia sekadar ingin mencuba permainan itu dengan mempelajari pelbagai teknik termasuk kawalan pernafasan serta fokus kepada kekuatan tangan, pinggang dan kaki.

Menurutnya, paling penting dalam melakukan aksi itu ialah pemain perlu mahir berhubung tiupan angin bagi memastikan kestabilan tiang bendera yang diperbuat daripada buluh itu.



ONG Ee Seen. FOTO Zuhainy Zulkiffli

"Saya ambil masa yang lama bagi memastikan diri benar-benar mahir kerana jika tersilap langkah, ia bukan sahaja mengundang bahaya kepada diri sendiri, tetapi rakan pasukan dan penonton.

"Meskipun pernah beberapa kali mengalami kecederaan termasuk patah gigi, kejadian itu dianggap 'alah bisa, tegal biasa'.

"Walaupun berpengalaman lebih 40 tahun bermain Chingay, saya akui tetap berasa gementar ketika melakukan aksi berkenaan," katanya ketika ditemui, di sini.

Katanya, hanya buluh yang sesuai dan terpilih sahaja digunakan ketika persembahan.

"Buluh terbaik bagi dijadikan tiang bendera itu kebanyakannya diperoleh di hutan sekitar Kedah yang mana ia lebih nipis dan ringan.

"Sudah lama saya cari 'pewaris' yang mahu belajar angkat tiang bendera dengan jari telunjuk, tetapi belum bertemu, malah ada antara mereka mendakwa bimbang jika jari patah. Aksi unik itu perlu diwarisi.

"Namun saya kagum melihat pemain muda seawal usia 10 tahun yang tidak jemu berlatih Chingay dan diharap kebudayaan ini akan terus ada pelapisnya," katanya.



KEBOLEHAN pasukan dari Persatuan Chingay Pulau Pinang yang diasaskan sejak tahun 1975 sudah terkenal di peringkat antarabangsa dan sering dijemput bagi membuat persembahan di beberapa negara termasuk Australia dan China. FOTO Zuhainy Zulkiffli


Dalam pada itu, Perarakan Chingay Pulau Pinang 2024 akan berlangsung di Seberang Perai pada 21 Disember ini, manakala 28 Disember pula di Georgetown.

Sementara itu, Presiden Persatuan Chingay Pulau Pinang Ooi Thean Huat berkata, lebih banyak aksi dan ketangkasan akan dipersembahkan pada acara itu.

"Kami sering tampilkan kelainan aksi teknikal setiap kali persembahan antaranya membabitkan penggunaan beca, motosikal dan basikal bagi memantapkan persembahan," katanya kepada Harian Metro, di sini.

Chingay yang berasal daripada dialek Hokkien dikenali sebagai perarakan jalanan penuh warna-warni dengan pertunjukan seni dan kemeriahan budaya turut menampilkan tarian tradisional, pertunjukan seni bela diri, muzik dan kenderaan berhias.

Terdahulu, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Ekonomi Kreatif negeri Wong Hon Wai dipetik berkata, perarakan akan bermula jam 6 petang hingga 11 malam itu menampilkan sebanyak 42 pasukan.

"Bagi Seberang Perai, perarakan bermula di Padang MBSP Bagan Luar, Butterworth dan bergerak menerusi pentas utama di Kuil Tow Boo Kong.

"Manakala di bahagian pulau, perarakan bermula dari Padang Brown di Jalan Datuk Keramat dan berakhir di Padang Kota Lama," katanya.

Katanya, pelbagai persembahan menarik seperti pertunjukan bendera gergasi, tarian naga dan singa, persembahan pancaragam, seni bela diri serta tarian tradisional Melayu dan India turut diadakan.



Disiarkan pada: Disember 16, 2024 @ 7:04am

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/12/1166592/main-imbang-tiang-bendera-guna-jari




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 08:38 PM GMT+8 , Processed in 0.365966 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list