CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 22446|Reply: 0

[Pulau Pinang] 17 kenderaan dipandu warga asing disita

[Copy link]
Post time 16-12-2024 11:19 AM | Show all posts |Read mode
17 kenderaan dipandu warga asing disita

Oleh Nur Izzati Mohamad - Disember 16, 2024 @ 11:00am[email protected]





JPJ menahan kenderaan untuk pemeriksaan dalam Ops Khas Pemandu Warga Asing (PeWA) di Bulatan Tun Hussain Onn, Seberang Jaya. - Foto JPJ Pulau Pinang





BUTTERWORTH: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang menyita 17 kenderaan dipandu warga asing dalam Ops Khas Pemandu Warga Asing (PeWA) di Bulatan Tun Hussain Onn, Seberang Jaya, kelmarin.

Dalam operasi tiga jam bermula 7 pagi, JPJ turut mengeluarkan 116 saman terhadap warga Pakistan, Bangladesh, Myanmar dan Indonesia serta etnik Rohingya.

JPJ negeri dalam kenyataan memaklumkan kenderaan disita termasuk 14 motosikal, dua kereta dan sebuah van, selain kenderaan lain yang mempamerkan nombor pendaftaran kenderaan lain.

"Antara kesalahan tertinggi adalah tiada lesen memandu, Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh dan tiada perlindungan insurans," menurut kenyataan itu, hari ini.

Operasi diadakan bagi memantau, mengesan dan mengambil tindakan terhadap ketidakpatuhan Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) dan kaedah di bawahnya terhadap asing.

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2024/12/1337552/17-kenderaan-dipandu-warga-asing-disita





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 08:38 PM GMT+8 , Processed in 0.045205 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list