CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 49021|Reply: 0

[Pulau Pinang] BN mahu beri sumbangan dominan pada PRU16 - Zahid

[Copy link]
Post time 15-12-2024 04:48 PM | Show all posts |Read mode
BN mahu beri sumbangan dominan pada PRU16 - Zahid

BERNAMA - Disember 15, 2024 @ 4:22pm




Ahmad Zahid (tengah) ketika hadir pada Konvensyen Barisan Nasional Pulau Pinang 2024 di Pusat Konvensyen PICCA, Butterworth Arena. - Foto NSTP/Danial Saad



BUTTERWORTH: Barisan Nasional (BN) mahu menjadi parti yang dapat memberikan sumbangan besar dan dominan pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, kata Pengerusinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata BN mahu menang lebih banyak kerusi Parlimen dan bukan hanya 30 kerusi sahaja agar dapat memberikan sumbangan antara yang terbesar pada PRU ke-16.

"Sekarang kita menurutkan rakan kongsi dengan parti-parti lain dalam Kerajaan Perpaduan tapi ia tidak bermakna kita akan berundur atau kita sekadar 'melukut di tepi gantang' dan yang penting bagi kita dalam keadaan sekarang kuatkan perpaduan dalaman, kuatkan jentera dan turun ke bawah santuni akar umbi.

"Insya-Allah, rakyat sangat rindu kepada BN untuk menjadi dominan semula bukan sahaja di Pulau Pinang malah seluruh Malaysia, cuma kita jangan merasa terlalu selesa dengan dukungan rakyat dan dukungan daripada mereka ini mesti terjemahkan dengan menyantuni mereka," katanya semasa berucap merasmikan Konvensyen BN Pulau Pinang di Pusat Konvensyen, Kebudayaan dan Kesenian Antarabangsa (PICCA), di sini hari ini.

Beliau yakin dengan menyantuni rakyat di peringkat akar umbi antara jalan terbaik untuk BN meraih kembali kerusi yang kecundang.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid menasihati pemimpin dan ahli BN supaya tidak mencari jalan mudah dengan menyertai parti lain apabila merasakan masa mereka hampir tamat dalam BN dan menegaskan maruah dan integriti adalah penting dalam perjuangan BN.

"Jangan merasakan bahawa apabila masa anda hampir tamat, anda mencari pintu dan lubang untuk melarikan diri, jika seseorang itu setia kepada parti, parti akan mengetahuinya," katanya.

Presiden UMNO itu juga menggesa pemimpin dan ahli BN agar tidak menggunakan platform terbuka seperti media dan sosial media untuk mendesak atau meluahkan masalah mengenai parti dan Kerajaan Perpaduan.

Ini kerana perkara tersebut boleh disalurkan kepada beliau sendiri atau pemimpin lain yang akan menyelesaikan masalah berkenaan, katanya.

"Walaupun apa sahaja sama ada kecil atau tidak tetapi kita dalam komponen BN, sekecil manapun permasalahan apabila sampai kepada kepimpinan insya-Allah kita akan selesaikan dengan tidak menimbulkan sebarang masalah... (agar) penyelesaian dapat dibuat dengan sebaik-baiknya inilah semangat BN dan Kerajaan Perpaduan," katanya. – BERNAMA

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/12/1337323/bn-mahu-beri-sumbangan-dominan-pada-pru16-zahid





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-1-2025 02:51 PM GMT+8 , Processed in 0.045963 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list