CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 28583|Reply: 0

[Kedah] Bomba Kedah siap sedia hadapi banjir susulan luruan monsun

[Copy link]
Post time 10-12-2024 02:29 AM | Show all posts |Read mode
Bomba Kedah siap sedia hadapi banjir susulan luruan monsun

Oleh Zuliaty Zulkiffli - Disember 9, 2024 @ 6:31pm [email protected]




Ketua Zon 1 JBPM Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Ahmad Aminuddin Abd Rahim (kiri) dan Ketua BBP Alor Setar, Timbalan Penguasa Bomba II Ahmad Naufal Abdullah. - Foto NSTP/ZULIATY ZULKIFFLI.




ALOR SETAR: Penduduk terjejas banjir yang berlaku di lima daerah di negeri ini baru-baru ini perlu sentiasa berwaspada dengan luruan monsun yang dijangka berlaku susulan amaran hujan berterusan dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) yang dijangka melanda negeri ini bermula semalam.

Dalam kejadian banjir yang berlaku minggu lalu, daerah yang terjejas iaitu Kota Setar, Pokok Sena, Kubang Pasu dan Padang Terap sehingga menyebabkan lebih 7,000 penduduk terpaksa berpindah ke 60 pusat pemindahan sementara (PPS).

Selain itu, Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia (JPS) juga sebelum ini turut mengeluarkan amaran banjir di empat negeri iaitu Kedah, Terengganu, Pahang dan Kelantan.

Ketua Zon 1, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Ahmad Aminuddin Abd Rahim berkata, semua pegawai dan anggota di Zon 1 yang meliputi lima daerah terbabit termasuk Pendang sudah bersiap sedia untuk menghadapi luruan monsun yang dijangka berterusan sehingga 16 Disember ini.

Beliau berkata, persediaan juga dilakukan dari segi aset termasuk jentera dan bot serta keanggotaan.

"Untuk gelombang kedua ini, kita tidak dapat jangkaan lokasi-lokasi yang sebelum ini tidak banjir pada gelombang sebelum ini kerana ada kawasan yang tidak terkesan, tetapi dinaiki air.

"Seperti sedia maklum di daerah Kubang Pasu sebelum ini, ada kawasan yang sebelum ini banjir tetapi tidak banjir namun ada juga kawasan di daerah Kota Setar seperti di Alor Madi dan Taman Aman pula kerap dilanda banjir," katanya di sini hari ini.

Ahmad Aminuddin berkata, dalam kejadian banjir baru-baru ini, ia membabitkan keseluruhan kawasan Zon 1 manakala Zon 2 hanya membabitkan daerah Sik sahaja.

Beliau berkata, ketika empat gelombang banjir yang dilalui di negeri ini sejak September lalu, terdapat di kalangan mangsa yang terjejas banjir enggan berpindah apabila diarahkan berbuat demikian.

"Keluarga terbabit memberi alasan kononnya rumah didiami tidak akan dinaiki air kerana kejadian itu tidak pernah berlaku di kawasan kediaman mereka.

"Namun akhirnya apabila tiba waktu malam, rumah mereka dilanda banjir dan laluan ke kediaman itu juga terputus kerana dilalui arus deras yang agak tinggi.

"Berikutan itu, kerja-kerja menyelamat terpaksa dilakukan dalam keadaan agak berisiko tidak hanya kepada keluarga terjejas, malah terhadap anggota penyelamat yang bertungkus-lumus menyelamatkan mereka," katanya.

Ahmad Aminuddin berkata, pihaknya berharap semua pihak sentiasa bersedia mematuhi arahan pihak berkuasa dan tidak merasa terlalu yakin kononnya rumah mereka tidak berisiko untuk dinaiki air.

Beliau turut mengingatkan orang ramai supaya tidak terlalu yakin ketika meredah arus deras dengan menaiki motosikal atau kenderaan ringan di kawasan banjir.

Katanya, tindakan itu sangat berisiko dengan beberapa kejadian hanyut yang dilaporkan di seluruh negara sebelum ini.

"Dalam kejadian di Jitra baru-baru ini pun ada penunggang motosikal yang hampir hanyut namun berjaya diselamatkan oleh orang ramai yang berada di lokasi kejadian.

"Kami amat berharap supaya tindakan berani seperti itu tidak berulang lagi oleh orang ramai kerana bukan hanya mendatangkan bahaya kepada diri sendiri, malah penumpang kenderaan terbabit," katanya.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/12/1334794/bomba-kedah-siap-sedia-hadapi-banjir-susulan-luruan-monsun





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 08:26 PM GMT+8 , Processed in 0.273488 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list