CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 34909|Reply: 0

[Pulau Pinang] Harga sayur naik: KPDN Pulau Pinang ambil serius aduan CAP

[Copy link]
Post time 9-12-2024 05:06 PM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 9-12-2024 05:07 PM

Harga sayur naik: KPDN Pulau Pinang ambil serius aduan CAP

SYAJARATULHUDA MOHD ROSLI
09 Disember 2024 04:20pm




Foto hiasan




GEORGE TOWN - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pulau Pinang mengambil serius berhubung aduan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) berhubung isu kenaikan harga sayur-sayuran tertentu di seluruh negeri ini.

Pengarahnya, S Jegan berkata, KPDN Pulau Pinang sentiasa melaksanakan penguatkuasaan serta pemeriksaan bagi memastikan harga barangan sentiasa terkawal untuk menangani isu kenaikan harga.

Menurutnya, KPDN Pulau Pinang menjalankan pelbagai pendekatan berterusan dan agresif melalui pemeriksaan secara harian di pasar awam, pasar pagi, pasar malam, pasar tani dan pasaraya.


"Kita juga mengaktifkan pusat kawalan penguatkuasaan (ECC) di peringkat ibu pejabat dan seluruh negeri bagi memantau situasi yang berlaku.


"Selain itu, pusat kawalan ini juga bertindak untuk menerima sebarang aduan daripada orang ramai berhubung kenaikan harga barangan serta kekurangan dan kehabisan barangan keperluan harian," katanya ketika dihubungi pada Isnin.

Sebelum ini, CAP menggesa KPDN dan FAMA mengambil tindakan segera bagi menangani kenaikan harga sayur-sayuran dan buah-buahan tempatan.


Menurut CAP, tinjauan yang dijalankan baru-baru ini mendapati harga sayur dan buah-buahan naik mendadak dalam tempoh hanya dua minggu.

Tambah CAP, lebih membimbangkan, peniaga yang ditemui menyatakan bahawa harga kedua-dua barang makanan itu akan meningkat lagi dalam tempoh terdekat.


Dalam pada itu, Jegan berkata, sehingga 30 November lalu, sebanyak 48,955 pemeriksaan telah dilakukan di seluruh Pulau Pinang.

"Daripada jumlah itu, sebanyak 344 tindakan kes telah diambil ke atas peniaga yang melakukan kesalahan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011.

"Selain itu, KPDN juga akan terus melaksanakan sesi libat urus bersama pihak-pihak yang berkepentingan seperti kementerian tertentu antaranya Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) serta pemain-pemain industri bagi memastikan harga barangan sentiasa dipantau dikala negara dilanda musim yang tidak menentu," tambahnya.


Jegan berkata, KPDN juga akan mengambil tindakan tegas ke atas peniaga yang didapati melanggar undang-undang dan sengaja mengambil keuntungan secara tidak munasabah (mencatut).


"Sehingga 30 November lalu, sebanyak 105 Notis Pengesahan Maklumat Barangan (NPMB) telah dikeluarkan oleh KPDN di seluruh Pulau Pinang kepada peniaga borong dan runcit berdasarkan isu kenaikan harga barangan termasuk sayur-sayuran seperti sawi, kacang, kacang panjang, kacang bendi dan cili merah.

"Mana-mana peniaga yang dikesan melakukan pelanggaran sama ada kesalahan penandaan harga, menjual melebihi harga maksimum barangan harga terkawal atau mencatut di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 ini, boleh dikenakan denda sehingga RM500,000 bagi perbadanan atau syarikat dan sehingga RM100,000 bagi individu atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali," katanya.

Beliau turut menasihatkan pengguna agar menggunakan kuasa yang ada pada mereka termasuk membuat perbandingan harga serta membuat pilihan premis yang mempamerkan tanda harga dengan jelas serta menawarkan harga dan perkhidmatan yang berpatutan.

"Kuasa pengguna merupakan langkah pencegahan terbaik sebelum pengguna itu terkeliru atau dimanipulasi oleh peniaga yang tidak bertanggungjawab.

"Pengguna juga disarankan untuk menyalurkan aduan yang lengkap termasuk bukti seperti resit, gambar dan alamat premis secara terus kepada pihak KPDN supaya tindakan dapat diambil secara cepat dan efektif melalui saluran yang disediakan antaranya Whatsapp di talian 019- 279 4317/019-848 8000 atau portal aduan, eaduan.kpdn.gov.my," katanya.


https://www.sinarharian.com.my/article/701297/edisi/utara/harga-sayur-naik-kpdn-pulau-pinang-ambil-serius-aduan-cap


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 08:44 PM GMT+8 , Processed in 0.051380 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list