CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14273|Reply: 0

[Pulau Pinang] CAP gesa KPDN, FAMA ambil tindakan segera atasi kenaikan harga sayur, buah-buahan

[Copy link]
Post time 9-12-2024 12:36 PM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 9-12-2024 12:37 PM

CAP gesa KPDN, FAMA ambil tindakan segera atasi kenaikan harga sayur, buah-buahan

SYAJARATULHUDA MOHD ROSLI
09 Disember 2024 12:13pm




Tinjauan baru-baru ini mendapati harga sayur dan buah-buahan naik mendadak dalam tempoh hanya dua minggu. Gambar hiasan (Gambar kecil: Mohideen)




GEORGE TOWN - Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) mengambil tindakan segera bagi menangani kenaikan harga sayur-sayuran dan buah-buahan tempatan.

Presidennya, Mohideen Abdul Kader berkata, tinjauan baru-baru ini mendapati harga sayur dan buah-buahan naik mendadak dalam tempoh hanya dua minggu.

Menurutnya, lebih membimbangkan, peniaga yang ditemui menyatakan bahawa harga kedua-dua barang makanan itu akan meningkat lagi dalam tempoh terdekat.

"Harga kacang melonjak daripada RM9 kepada RM17.50 sekilogram, bendi daripada RM7 kepada RM12.50, kacang panjang daripada RM8 kepada RM20, sawi daripada RM6 kepada RM12 dan cili merah daripada RM8 kepada RM18.


"Kenaikan harga yang mendadak ini telah dikaitkan dengan kekurangan kedua-dua barangan tersebut disebabkan musim hujan baru-baru ini," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Mohideen menambah, memandangkan musim hujan masih belum reda, Malaysia sepatutnya menghentikan eksport ikan dan sayur-sayuran ke negara lain bagi mengutamakan permintaan tempatan sehingga musim hujan berakhir.


Dalam pada itu, beliau berkata, CAP juga menggesa unit penguatkuasaan KPDN untuk menyiasat kenaikan harga yang mendadak itu sehingga menyebabkan kesukaran yang ketara kepada golongan miskin dan berpendapatan rendah.

"Kenaikan harga ini boleh memberikan kesan serius kepada diet isi rumah berpendapatan rendah kerana mereka mungkin terpaksa mengurangkan barangan makanan penting berikutan kos yang lebih tinggi.



Walaupun gesaan berulang kali agar tindakan diambil, CAP mendapati FAMA tidak mengambil langkah yang mencukupi dan berkesan untuk mengawal pemasaran serta pengedaran sayur-sayuran. Tuntutan kami diabaikan," katanya.

Ujarnya lagi, CAP menggesa agar Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan meningkatkan kecekapan dalam saluran pengedaran makanan.


"Mengurangkan peranan orang tengah, mewujudkan pasaran langsung dan menambah baik rantaian bekalan dilihat boleh membantu mengurangkan kos.

"Kerajaan juga perlu menyokong petani melalui subsidi yang disasarkan, program latihan agroekologi dan bantuan kewangan yang boleh meningkatkan pengeluaran dengan ketara selain membantu mengurangkan harga," jelasnya.


https://www.sinarharian.com.my/article/701218/edisi/utara/cap-gesa-kpdn-fama-ambil-tindakan-segera-atasi-kenaikan-harga-sayur-buah-buahan


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 08:44 PM GMT+8 , Processed in 0.051718 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list