CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 41849|Reply: 1

[Pulau Pinang] Tiga keluarga di Permatang Damar Laut buntu diarah kosongkan rumah Februari ini

[Copy link]
Post time 8-12-2024 02:04 PM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 8-12-2024 02:06 PM

Tiga keluarga di Permatang Damar Laut buntu diarah kosongkan rumah Februari ini

SYAJARATULHUDA MOHD ROSLI
08 Disember 2024 01:37pm




Pang Siew (duduk, dua dari kanan) tidak dapat menahan air mata ketika menceritakan kebimbangannya kepada Ravinder.




BAYAN LEPAS - Tiga keluarga yang tinggal di atas tanah Plot 97 di Permatang Damar Laut bimbang dengan nasib mereka selepas diarahkan mengosongkan rumahnya bermula 15 Februari ini.

Lebih membimbangkan, rumah yang diduduki sejak nenek moyang itu didapati tidak mempunyai geran pajakan yang membolehkan mereka layak untuk menerima pampasan.

Kawasan rumah mereka merupakan salah satu daripada 13 lot tanah melibatkan lebih 30 rumah yang akan diambil kerajaan untuk pembinaan Lebuhraya Pan Island Link 2A (PIL 2A).

Salah seorang pemilik rumah, Pang Siew, 66, berkata, dia dan 12 ahli keluarganya baharu mengetahui bahawa tanah yang mereka diami selama ini tidak mempunyai geran selepas menghadiri sesi pendengaran projek berkenaan pada Oktober lalu.


Menurutnya, semua lot tanah yang terlibat mempunyai geran pajakan melainkan lot tanah yang didiami mereka berikutan berlaku kesilapan ketika penempatan semula pada tahun 1974 lalu.

]
Sebahagian penduduk yang terlibat dengan Projek PIL 2A juga bersatu hati memohon kerajaan negeri membantu tiga keluarga yang tinggal di atas tanah Plot 97 tanpa geran pajakan.




"Nenek moyang saya bukan orang berpelajaran, mereka buta huruf. Mereka tidak tahu untuk mendapatkan geran pajakan dahulu dan kami sekeluarga, sampai sekarang tidak tahu tanah ini tiada geran sehingga diberitahu pada sesi pendengaran dua bulan lalu.


"Sejak itu, saya dan seluruh keluarga hidup dalam kebimbangan kerana kami diarahkan mengosongkan rumah bermula 15 Februari nanti dan kami juga tidak layak menerima pampasan daripada kerajaan," katanya ketika ditemui di sini pada Ahad.


Jelasnya lagi, mendiang bapanya, Hung Yoon Siew dan penduduk di situ dipindahkan dari Sungai Tiram, Kampung Jawa dan Kampung Sungai Nipah ke kawasan berkenaan selepas projek pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dijalankan.

"Ketika itu, bapa saya yang bekerja sebagai pekebun kelapa dan penduduk lain dipindahkan ke kawasan ini tanpa dokumen rasmi. Kesalahan bapa saya ketika itu adalah tidak mendapatkan dokumen rasmi untuk menduduki tanah tersebut.

"Saya generasi keempat yang tinggal di sini tanpa menyedari lot tanah ini tidak mempunyai geran.


"Kami penduduk yang sah, bukannya penceroboh yang tinggal di tanah kerajaan tanpa kebenaran," katanya.


Kata suri rumah itu, pendapatan yang tidak seberapa menyukarkan mereka untuk mendapatkan kediaman lain dalam masa yang singkat.

"Kami buntu sekarang kerana tiada tempat untuk berteduh selain tidak cukup wang untuk membina rumah lain. Pendapatan keluarga hanya kira-kira RM2,500 sahaja," tambahnya.

Sementara itu, Naib Pengerusi Parti Rakyat Malaysia Pulau Pinang, Ravinder Singh berkata, kesemua penduduk terlibat telah menulis surat memohon bantuan daripada Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin pada Oktober lalu.

Menurutnya, usaha itu dibuat selepas permohonan untuk mendapatkan geran tanah oleh penduduk pada Mei lalu tiada maklum balas daripada Pejabat Daerah dan Tanah Barat Daya sehingga kini.

"Tze Tzin juga telah menulis surat kepada Pejabat Daerah dan Tanah Barat Daya memohon semakan status tanah tersebut bagi membolehkan geran pajakan diberikan kepada mereka.

"Masih tiada maklum balas yang diterima berhubung permohonan Tze Tzin itu sehingga kini.

"Oleh itu, saya dan penduduk berharap agar kerajaan negeri mengambil tindakan berhubung isu ini," katanya.

Sementara itu, Exco Infrastruktur, Pengangkutan dan Digital, Zairil Khir Johari ketika dihubungi berkata, pihaknya akan menyemak mengenai isu tersebut segera.

"Saya mengambil maklum (mengenai isu tersebut). Saya akan semak dahulu," katanya.


https://www.sinarharian.com.my/article/701102/edisi/utara/tiga-keluarga-di-permatang-damar-laut-buntu-diarah-kosongkan-rumah-februari-ini


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-12-2024 07:49 PM | Show all posts
Semoga ada sinar dihujung jalan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 08:52 PM GMT+8 , Processed in 0.389120 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list