CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 36796|Reply: 0

[Pulau Pinang] Tangani kos sara hidup

[Copy link]
Post time 8-12-2024 11:58 AM | Show all posts |Read mode
Tangani kos sara hidup

Nur Izzati Mohamad[email protected]






ANWAR meninjau gerai yang menyertai Program Jualan Termurah Madani di Jalan Kampung Masjid Timah.




Bukit Mertajam: Kerajaan berjaya mengurangkan harga beras putih import di pasaran melalui hasil rundingan dengan kerajaan India dalam sesi lawatan yang diadakan di negara itu, baru-baru ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata beliau mengakui terdapat masalah berhubung beras tempatan yang masih tidak dapat ditangani sepenuhnya.

Bagaimanapun, katanya, kerajaan sedaya upaya berusaha mencari jalan bagi meringankan beban rakyat.

"Masalah kos (sara hidup), harga barang…perlu ada inisiatif (program) jualan murah seperti (jualan) Rahmah dan Madani supaya dapat bagi tekanan (dijual) pada harga rendah.

"(Dari segi) beras tempatan ada masalah sedikit tetapi harga beras import (kita dapati) turun selepas rundingan dengan kerajaan India, mereka setuju jual harga lebih murah yang ia ringankan beban masyarakat," katanya pada Program Jualan Termurah Madani di Jalan Kampung Masjid Timah yang dihadiri lebih 3,000 pengunjung di sini, semalam.

Dalam program itu, sebanyak 1,000 ekor ayam percuma diberikan kepada pengunjung yang membeli barangan hasil laut bernilai RM50 ke atas dan 200 kampit beras percuma bagi apa-apa saja pembelian barangan kering.

Anwar berkata, beliau juga menggalakkan penggunaan aplikasi oleh golongan nelayan bagi memudahkan urusan jual beli hasil laut pada harga yang berpatutan.

"Dengan memakai aplikasi itu, pengguna dapat membelinya secara langsung. Sebab itu perlu ada persaingan yang sihat," katanya.

Terdahulu, media melaporkan Padiberas Nasional Bhd (Bernas) bersetuju menurunkan harga jualan beras putih import di pintu gudang Bernas di Semenanjung Malaysia daripada RM3,000 per tan kepada RM2,800 per tan berkuat kuasa 1 Disember.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu dilaporkan berkata persetujuan itu dicapai hasil perbincangan di antara Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) dengan Bernas, baru-baru ini.



ORANG ramai yang hadir membeli barangan pada Jualan Termurah Madani di Kampung Masjid Timah.

'Keluar awal pagi nak beli beras, tepung'

Bukit Mertajam: Orang ramai sanggup beratur lebih satu jam untuk membeli barangan keperluan yang dijual 30 peratus lebih murah dari harga pasaran.

Itu situasi yang dapat dilihat pada program Jualan Termurah Madani di Jalan Kampung Masjid Timah yang dihadiri lebih 3,000 pengunjung.'

Seorang suri rumah, Salina Rahim, 52, dia yang diberhentikan kerja dari sebuah kilang tanpa dibayar sebarang pampasan tahun lalu amat menantikan program jualan murah seperti ini.

"Saya keluar awal pagi ini dengan menunggang motosikal sebab nak beli beras, tepung, minyak masak yang harga murah sikit dari pasaran. Lebih satu jam beratur tetapi tak mengapa sebab barang murah.

"Kehidupan sekarang (kos sara hidup) ada pasang surut, kerja OT (bayaran kerja lebih masa) pun kadang kala kurang, saya pula sudah tidak bekerja dan hanya mengharapkan suami.

"Jadi, program jualan seperti ini sangat diperlukan dan harap ia diteruskan bahkan diperluaskan lagi di lokasi lain," katanya ketika ditemui dalam program yang dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim itu.

Bagi Ahmad Dasuki Shahrin, 33, berkata dia berharap lebih banyak kolaborasi dengan pihak pasaraya dapat dibuat bagi meningkatkan lagi program jualan murah sekali gus lebih ramai rakyat dapat menikmatinya.

"Dalam keadaan ekonomi semasa, program seperti ini kena selalu ada dan ditingkatkan lagi di banyak tempat kerana ia sangat membantu rakyat," katanya.

Penduduk, Latifah Chee Wang, 53, berkata, dia yang mempunyai keluarga besar sentiasa memantau media sosial bagi mengetahui keberadaan program jualan murah yang ingin dianjurkan.

"Dalam rumah saya lebih kurang ada 11 orang dan kami masak beras satu kilogram (kg) sehari, maka sebab itu saya memang menantikan program jualan murah seperti ini kerana ia sangat berbaloi," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Task Force (Kluster Makanan) bagi Majlis Tindakan Negara Bagi Kos Sara Hidup (NACCOL), Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal berkata, selain ayam dan beras, pelbagai jenis ikan dan makanan laut sebanyak lima tan turut dijual dengan potongan harga istimewa sempena program berkenaan.

"Hampir 300 event (program Jualan Madani) telah kita lancarkan. Kita pertahankan konsep yang ada iaitu beli secara pukal di pelbagai sumber, kita cut the supply chain (pintas rantaian bekalan) dan 'kita bantu kita'

"Sebanyak RM5.27 juta hasil jualan juga berjaya diraih sepanjang tempoh itu dengan rakyat telah menerima penjimatan sehingga RM1.05 juta.

"Sekarang, hampir di mana-mana sahaja, kita akan diminta untuk mengadakan jualan (Madani) di kawasan penempatan, komuniti sekolah dan sebagainya. Kita akan jadi crowder puller untuk jualan ini," katanya.



Disiarkan pada: Disember 8, 2024 @ 7:02am

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/12/1163784/tangani-kos-sara-hidup




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-1-2025 02:40 PM GMT+8 , Processed in 0.652252 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list