CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8622|Reply: 0

[Perlis] Datuk didenda RM5,500 kerana ceroboh, ugutan jenayah

[Copy link]
Post time 5-12-2024 03:47 PM | Show all posts |Read mode
Datuk didenda RM5,500 kerana ceroboh, ugutan jenayah

BERNAMA



GAMBAR hiasan



Kangar: Lelaki warga emas bergelar Datuk didenda RM5,500 oleh Mahkamah Majistret, di sini, hari ini selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan iaitu melakukan pencerobohan jenayah dan ugutan jenayah pada Ogos tahun lalu.

Majistret Ana Rozana Mohd Nor menjatuhkan hukuman denda RM2,000 terhadap Othaman Mohamed, 63, bagi pertuduhan pertama serta memerintahkan warga emas itu dipenjara enam bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.

Bagi pertuduhan kedua, mahkamah menjatuhkan hukuman denda RM3,500 dan jika gagal membayar denda terbabit, warga emas itu perlu menjalani hukuman penjara lapan bulan.

Mengikut pertuduhan pertama, Othaman dituduh melakukan pencerobohan jenayah dengan berada dalam kawasan rumah dimiliki seorang lelaki berusia 42 tahun di Arau pada 10.23 malam, 29 Ogos 2023.

Dia yang berasal dari Banting, Selangor didakwa mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum enam bulan atau didenda yang boleh sampai RM3,000 atau kedua-duanya sekali.

Sementara itu, berdasarkan pertuduhan kedua, warga emas itu dituduh melakukan ugutan jenayah dengan menakutkan lelaki sama seperti dalam pertuduhan pertama, dengan niat hendak menyebabkan kegentaran kepada lelaki itu di lokasi, masa dan tarikh sama.

Othaman didakwa berbuat demikian mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau didenda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Terdahulu, peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) Azira Aziz yang mewakili Othaman merayu denda paling minima terhadap kedua-dua pertuduhan itu, dengan memaklumkan antara lain warga emas itu mempunyai tanggungan seorang isteri dan empat anak masih belajar di universiti.

Peguam itu juga memberitahu mahkamah bahawa Othaman kini hanya berniaga kecil-kecilan dengan pendapatan tidak menentu dan dia pernah memiliki sebuah agensi pelancongan, namun akibat kerugian semasa pandemik Covid-19 syarikat itu terpaksa ditutup.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Alia Suzila Chek Pi memohon mahkamah memberikan hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada tertuduh.



Disiarkan pada: Disember 5, 2024 @ 3:28pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/12/1162993/datuk-didenda-rm5500-kerana-ceroboh-ugutan-jenayah




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 08:23 PM GMT+8 , Processed in 0.698367 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list