CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 21293|Reply: 1

[Pulau Pinang] Misi suci dua sahabat jejak kaki ke Makkah

[Copy link]
Post time 4-12-2024 11:48 AM | Show all posts |Read mode
Misi suci dua sahabat jejak kaki ke Makkah

Redzuan Muharam[email protected]





MOHAMAD Al Bukhari Ellia kini menjalankan misi berjalan kaki ke Tanah Suci dengan rakannya, Mohamad Azizul Abdullah. FOTO Tangkap Layar TikTok




Bukit Mertajam: Demi merealisasikan impian mengerjakan umrah dan haji, dua sahabat baik ini menjayakan misi berjalan untuk menjejakkan kaki ke tanah suci Makkah, tahun depan.

Mohamad Al Bukhari Ellia, 27, berkata dia bersama Mohamad Azizul Abdullah, 34, memulakan misi dari Kampung Changkat Lobak, Bagan Serai, Perak pada Ahad lalu dan berada di Pulau Pinang, semalam.

Menurutnya, misi berkenaan sudah dirancang sejak dua tahun lalu, namun baru diizinkan Allah SWT untuk merealisikan impian berkenaan.

"Selain mengerjakan umrah dan haji, pengembaraan kami bertujuan mengikut sunnah nabi iaitu berjalan, menziarahi makam Rasulullah SAW dan menyampaikan kebaikan kepada orang ramai sepanjang perjalanan.

"Alhamdulillah, keluarga beri restu dan reda dengan pemergian saya, malah isteri pun faham kerana sudah beritahu hasrat itu sejak dua tahun lalu.

"Tahap kesihatan pun dalam keadaan baik kerana sudah rujuk dengan doktor terlebih dahulu cuma dinasihatkan minum air secukupnya bagi mengelak dehidrasi," katanya.

Bukhari berkata, mereka akan meneruskan perjalanan hingga ke Bangkok, Thailand sebelum menaiki pesawat ke India.

Menurutnya, sebaik tiba di India, mereka akan meneruskan perjalanan dengan berjalan sehingga tiba di Arab Saudi.

Katanya, sebelum memulakan misi, dia dan Mohamad Azizul sudah membuat persediaan bagi memantapkan stamina iaitu berjalan dari Kampung Changkat Lobak ke Cameron Highlands, Pahang dengan membawa beban seberat 20 kilogram (kg).

"Perjalanan ke sana (Cameron Highlands) mengambil masa tujuh hari dan untuk misi ini, kami bawa wang, bekalan makanan tak banyak kerana akan cari di tempat persinggahan.

"Setakat ini, kami berdua masih dalam keadaan baik dan saya pergi bersama Azizul (nama panggilan) kerana persefahaman serta keserasian.

"Saya berdoa semoga Allah SWT mempermudahkan urusan untuk sampai ke tanah suci sekali gus menunaikan impian kami untuk mengerjakan umrah serta haji buat pertama kali," katanya.

Sementara itu, Azizul bersyukur kerana akhirnya dapat menjalankan misi yang dirancang sejak dua tahun lalu.

Anak keenam daripada tujuh beradik itu berharap misinya bersama Bukhari berjalan lancar kerana sudah lama menyimpan hasrat menjejakkan kaki ke tanah suci bagi mengerjakan umrah dan haji.

"Ikutkan sudah lama rancang, cuma keadaan tak mengizinkan dan bulan lalu, saya dengan Bukhari sepakat teruskan misi yang tertangguh itu walaupun ada juga segelintir yang mempersoalkannya.

"Alhamdulillah, Allah SWT mudahkan perjalanan kerana sejak hari pertama sampai hari ini (semalam), cuaca mendung, tak panas dan tak hujan.

"Kami juga tak ada masalah untuk tidur kerana dapat singgah berehat dan bermalam di masjid berhampiran," katanya yang mencari rezeki sebagai penternak ayam kampung.

Katanya, tiada lain yang diharapkannya melainkan sampai ke destinasi dituju dengan harapan pengembaraannya itu dapat memberi manfaat kepada orang lain.

"Syukur, keluarga faham dengan keinginan saya, jadi mereka setuju dan beri galakan untuk teruskan misi.

"Ikutkan, saya orang biasa saja dan bukanlah berkemampuan sangat, cuma berdoa semoga perjalanan ke Tanah Suci, Allah SWT limpahkan rezeki untuk saya beli rumah sendiri suatu hari nanti.

"Saya nak beli beli rumah kerana nak tunaikan hajat arwah ibu (Jamaliah Cheek) yang tak kesampaian selepas dia meninggal dunia pada 28 Oktober lalu akibat sakit tua," katanya yang turut membuat persediaan fizikal dengan berjoging dan berlari pada jarak lima serta 10 kilometer (km).



Disiarkan pada: Disember 4, 2024 @ 10:45am

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/12/1162379/misi-suci-dua-sahabat-jejak-kaki-ke-makkah




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-12-2024 12:07 PM | Show all posts
moga sampai la... jgn hangat2 taik ayam
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 08:42 PM GMT+8 , Processed in 1.067621 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list