CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7148|Reply: 0

[Sarawak] Mesyuarat bincang pembangunan infrastruktur sempadan Malaysia-Indonesia Dis ini

[Copy link]
Post time 2-12-2024 02:43 PM | Show all posts |Read mode


Fadillah bersalaman dengan orang ramai pada majlis perbincangan Town Hall mengenai ancaman scammer, dadah dan judi online anjuran Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching di Dewan Malaysia Jaya, Petra Jaya hari ini.-Gambar BERNAMA

KUCHING: Perincian mengenai pembangunan infrastruktur di sepanjang sempadan Malaysia melibatkan Sarawak dan Sabah dengan wilayah Kalimantan, Indonesia akan menjadi antara agenda mesyuarat Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof bersama agensi pelaksana kedua-dua negeri itu, Disember ini.

Fadillah berkata setakat ini beliau belum lagi mendapat perkembangan terbaharu berhubung projek itu dan mesyuarat berkenaan dijangka membincangkan kemajuan pelaksanaannya.

“Mesyuarat ini bertujuan untuk menilai status projek-projek yang sedang berjalan serta memastikan pelaksanaannya berjalan lancar. Mesyuarat ini juga memberi fokus kepada sebarang isu atau cabaran yang dihadapi, termasuk projek yang menghadapi masalah,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Sesi Town Hall 2024 anjuran Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching bersama Pusat Khidmat Parlimen Petra Jaya di sini, hari ini.

Pada Ogos lepas, Fadillah dilaporkan berkata peruntukan RM1 bilion oleh kerajaan Persekutuan untuk menaik taraf kemudahan di sempadan Sarawak dan Sabah dengan Indonesia masih belum dimanfaatkan sepenuhnya oleh kementerian dan agensi terlibat.

Dalam pada itu, Fadillah yang juga Ahli Parlimen Petra Jaya turut mengutarakan kebimbangannya mengenai masalah judi dalam talian dan mahu Majlis Perbandaran Padawan (MPP) dan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) sebagai pihak berkuasa tempatan (PBT) di kawasan Parlimen itu untuk bersama-sama menangani isu tersebut.

Beliau berkata pihak terbabit perlu memastikan pematuhan peraturan dan meningkatkan kawalan terhadap aktiviti yang dijalankan oleh pemegang lesen sekali gus mengurangkan penyalahgunaan di kawasan tersebut.

“Menangani judi dalam talian bukan perkara mudah kerana ada kedai makan yang turut terlibat. Oleh itu, kerjasama erat antara polis, majlis perbandaran dan dewan bandar raya diperlukan.

“Tindakan seperti pemotongan elektrik dan pembatalan lesen hanya boleh diambil setelah kegiatan tersebut disahkan oleh polis,” katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-3-2025 10:28 PM GMT+8 , Processed in 0.682116 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list