CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6522|Reply: 0

[Kedah] Beras tempatan dijangka berlaku lambakan

[Copy link]
Post time 2-12-2024 02:38 PM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 2-12-2024 02:39 PM

Beras tempatan dijangka berlaku lambakan

ROSLINDA HASHIM
02 Disember 2024 07:50am




Penurunan harga jualan beras putih import dibimbangi akan menyebabkan berlaku lambakan beras tempatan.




ALOR SETAR - Penurunan harga jualan beras putih import dibimbangi menyebabkan berlaku lambakan beras tempatan.

Pengerusi Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (PeSAWAH), Abdul Rashid Yob berkata, penurunan harga juga dijangka menyebabkan stok beras tempatan sedia ada di gudang tidak dapat dijual.

Menurutnya, ia akan menyebabkan pesawah mengalami kerugian kerana terpaksa menjual pada harga lebih rendah berbanding kos sebenar yang lebih tinggi.

“Harga jualan beras putih import yang diturunkan itu mungkin memberi kebaikan kepada pengguna, tetapi pengilang, pesawah dan petani menerima kesan sebaliknya.

“Ini kerana kami (pesawah) menjual beras tempatan pada harga siling RM1,800, apabila beras import berlaku penurunan, ia akan beri kesan kepada beras tempatan,” katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.


Pada Jumaat, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu memaklumkan, Padiberas Nasional Bhd (Bernas) bersetuju menurunkan harga jualan beras putih import di pintu gudang Bernas di Semenanjung Malaysia daripada RM3,000 per tan kepada RM2,800 per tan berkuat kuasa pada Ahad.

Beliau berkata, persetujuan itu dicapai hasil perbincangan antara Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan dengan Bernas baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Abdul Rashid berkata, pengurangan harga itu tidak seimbang dengan harga belian padi, menyebabkan pesawah berdepan kerugian.


“Pada masa ini pesawah terpaksa keluarkan kos tinggi untuk tanaman padi, iaitu melebihi RM5,500 untuk satu hektar.

“Harga benih masih kekal sama sedangkan sepatutnya harga perlu diturunkan berdasarkan harga semasa.


“Mengapa kerajaan tidak lihat harga benih kerana kosnya tinggi. Harga beras ketika ini RM2.60 sekilogram, harga lantai benih padi adalah RM1,300 dan ia tidak relevan,” katanya.

Menurutnya, untuk keseimbangan harga, perlu mengambil kira tiga faktor iaitu harga belian padi, benih dan beras.

“Menurunkan harga beras putih import bukan penyelesaian kepada masalah beras tempatan, malah ia akan terus memberikan tekanan kepada pesawah,” katanya.


Abdul Rashid turut mencadangkan agar kerajaan mengapungkan harga beras mengikut harga semasa sekiranya tiada penyelesaian yang bersesuaian.

Tambahnya, pesawah di Perak sudah mengalami kerugian apabila kilang menerima harga RM1,400 per tan berbanding RM1,520 sebelum ini, selepas pengumuman penurunan harga berkuat kuasa.


https://www.sinarharian.com.my/article/699862/berita/nasional/beras-tempatan-dijangka-berlaku-lambakan


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 08:21 PM GMT+8 , Processed in 0.054280 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list