CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6680|Reply: 0

[Pulau Pinang] Lelaki bawa dadah naik bot ditahan

[Copy link]
Post time 2-12-2024 02:23 PM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 2-12-2024 02:25 PM

Lelaki bawa dadah naik bot ditahan

SYAJARATULHUDA MOHD ROSLI
02 Disember 2024 01:13pm





Sazalee (dua dari kanan) menunjukkan dadah yang dirampas ketika suspek berada di sebuah jeti di Teluk Bahang.




BALIK PULAU - Tindakan seorang lelaki warga asing untuk menyeludup bekalan dadah ke luar negara gagal apabila ditahan sepasukan polis di sebuah jeti di Teluk Bahang, George Town pada jam 8.30 pagi, 1 Disember.

Lelaki Indonesia tersebut ditahan bersama dadah jenis ganja, methylenedioxy-methamphetamine (MDMA) dan syabu bernilai RM217,424.


Ketua Polis Daerah Barat Daya, Asisten Komisioner Sazalee Adam berkata, lelaki berusia 29 tahun itu disyaki terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah untuk pasaran luar negara.


Menurutnya, suspek ditahan bersama beg ketika berada di atas sebuah bot yang disewa daripada orang tempatan untuk pulang ke tempat asalnya di Riau.


"Suspek telah menyewa bot tersebut dengan kadar RM3,000 dan dipercayai untuk membawanya sehingga ke kawasan sempadan dan kemudiannya menaiki bot lain untuk ke Riau.

"Kita percaya, kesemua bekalan dadah tersebut adalah untuk pasaran di Indonesia. Bagaimanapun, kita masih menyiasat dari mana suspek mendapat kesemua bekalan dadah tersebut," katanya pada sidang akhbar di Ibupejabat Polis Daerah Barat Daya di sini pada Isnin.


Tambah Sazalee, suspek memasuki ke negara ini pada 28 September lalu menerusi Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan mempunyai dokumen perjalanan lengkap dan sah.

]
Sazalee (kanan) menunjukkan daun ketum dan air ketum yang dirampas daripada peniaga buah tersebut.




"Ini merupakan pertama kali suspek masuk ke Malaysia dan dia baru bergiat aktif dalam kegiatan mengedar dadah.

"Bagaimanapun, siasatan masih diteruskan untuk mengenalpasti sama ada suspek mempunyai rakan jenayah yang lain," katanya.


Beliau berkata, pemeriksaan pada beg yang dibawa suspek menjumpai enam ketul ganja bernilai RM20,150, enam bungkus syabu bernilai RM195,200 dan dua peket MDMA bernilai RM2,074.

"Hasil ujian saringan air kencing mendapati suspek negatif dadah selain tiada rekod jenayah lampau. Suspek direman tujuh hari untuk siasatan lanjut.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952," ujarnya.


Dalam kes berasingan, seorang peniaga buah ditahan bersama 11.4 liter air ketum, 27 kilogram daun ketum dan peralatan memasak air ketum pada 1 Disember.

]
Sebanyak 27 kg daun ketum dan 11.4 liter air ketum yang dirampas di rumah suspek.




Sazalee berkata, suspek berusia 58 tahun itu ditahan di rumahnya di Kuala Jalan Bahru, Mukim D di sini.


"Suspek menjadikan rumahnya untuk memproses ketum sebelum dijual kepada pelanggan tetapnya. Semakan mendapati, suspek telah ditahan sebanyak enam kali dengan kesalahan yang sama.

Ini adalah kali ketujuh suspek ditahan. Suspek mempunyai enam rekod dadah di bawah Akta Racun, dua rekod dadah dan dua rekod jenayah," katanya.

Beliau menambah, ujian saringan air kencing suspek mendapati negatif dadah.

"Suspek direman empat hari sehingga 5 Disember ini untuk siastan di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952," jelasnya.



https://www.sinarharian.com.my/article/699936/berita/semasa/lelaki-bawa-dadah-naik-bot-ditahan


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 08:55 PM GMT+8 , Processed in 0.632110 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list