CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4310|Reply: 0

[Kedah] 'Saya nampak ayah tenggelam timbul tiga kali sebelum hilang' - Anak sulung

[Copy link]
Post time 2-12-2024 01:50 PM | Show all posts |Read mode
'Saya nampak ayah tenggelam timbul tiga kali sebelum hilang' - Anak sulung

Oleh Zuliaty Zulkiffli - Disember 2, 2024 @ 12:37pm[email protected]




Anggota bomba memantau peta lokasi operasi mencari seorang lelaki yang dikhuatiri lemas ketika memukat ikan di sungai kawasan tebatan banjir di Kampung Paya Lateh. - NSTP/ WAN NABIL NASIR




JITRA: Sayu hati seorang anak apabila melihat bapanya tenggelam timbul di permukaan sungai, sebelum hilang.

Lebih menyayat hati, Mohammad Khairul Ikhwan Ismail, 20, tidak mampu untuk membantu bapanya, Ismail Hashim, 49, yang ketika itu terkapai-kapai memandangkan dia sendiri tidak tahu berenang.

"Saya nampak ayah tenggelam timbul tiga kali sebelum hilang dari pandangan.

"Saya tak tau berenang, kalau tidak tentu saya terjun dan selamatkan ayah... (sedih sekali) saya tengok depan mata, ayah hilang," katanya.

Mohammad Khairul adalah anak sulung kepada Ismail yang dikhuatiri lemas ketika memukat ikan di sungai Kampung Paya Lateh, di sini semalam.

Mangsa dipercayai tenggelam di hadapan isteri mangsa, Siti Nor Sanisah Ishak, 46, yang ketika itu sedang memancing tidak jauh dari situ, selain dua lagi anak mereka, Muhammad Khairul Irfan, 15 dan Siti Nur Asyiffa, 8.

Kejadian dipercayai berlaku jam 7.15 petang kira-kira 500 meter dari rumah mereka di Kampung Paya Chegar, di sini.

Mohammad Khairul berkata, ketika kejadian dia dan keluarga baru sampai di kawasan itu tidak sampai 15 minit sebelum bapanya turun selepas Maghrib.

"Kami tiba di tebing hampir 7 petang dan ayah turun ke sungai selepas Maghrib.

"Biasanya, ayah terlebih dulu menyeberangi jambatan di kawasan berhampiran untuk merentangkan pukat, tetapi semalam dia mengambil keputusan mengikat tali nilon di pinggang dan berenang ke seberang," katanya ketika ditemui di lokasi operasi mencari dan menyelamat (SAR) di Kampung Paya Lateh.

Muhammad Khairul berkata, ketika kejadian bapanya sudah hampir sampai ke tebing, namun tiba-tiba berpatah balik dan membuka tali diikat pada perutnya sebelum tenggelam timbul tiga kali dan hilang.

"Ayah bekerja sebagai pengawal keselamatan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Baru Darulaman dan kami selalu datang ke sungai ini untuk menahan pukat.

"Saya harap operasi mencari ayah berjalan lancar dan semoga dia dipertemukan segera," katanya yang bekerja sebagai tukang besi.

Sementara itu, Ketua Zon I ,Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Ahmad Aminuddin Abd Rahim berkata, operasi disambung jam 8 pagi tadi dengan tumpuan pada lokasi mangsa dilaporkan tenggelam.

"Cabaran kita hadapi sekarang adalah arus sungai deras air sedang mengalir ke hilir selepas banjir," katanya di sini hari ini.

Ahmad Aminuddin berkata, anggota PPDA melakukan empat selaman sehingga dasar pada kedalaman kira-kira 10 meter dan beberapa pusingan bot untuk menghasilkan ombak.

Setakat ini pencarian dilakukan pada jarak 10 kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan tenggelam, dengan Unit Anjing Pengesan (K-9) turut digunakan untuk membantu operasi.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/12/1331533/saya-nampak-ayah-tenggelam-timbul-tiga-kali-sebelum-hilang-anak





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 08:21 PM GMT+8 , Processed in 0.055639 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list