CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3914|Reply: 0

[Sarawak] DAP Sarawak berusaha menangi lebih banyak kerusi pada PRN akan datang

[Copy link]
Post time 2-12-2024 01:29 PM | Show all posts |Read mode


Chong menyampaikan amanat pada Konvensyen Biasa DAP Sarawak 2024 di Kuching hari ini.

KUCHING: Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak berusaha keras untuk bertanding dan memenangi lebih banyak kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Pengerusinya Chong Chieng Jen berkata kemenangan di banyak kerusi akan membolehkan 'semak dan imbang' yang kukuh di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak.

"Demi kepentingan Sarawak dan keselamatan kewangan generasi masa depan kita, kedudukan kita mesti lebih kukuh untuk melakukan semakan terhadap keborosan Gabungan Parti Sarawak (GPS) sekarang," katanya ketika berucap pada Konvensyen Biasa DAP Sarawak 2024 di sini, hari ini.

Chong yang juga Ahli Parlimen Stampin berkata ketika DAP Sarawak mula ditubuhkan pada 1978, tidak ada persekitaran politik ketika itu kerana tidak ada ahli (politik) pembangkang di Sarawak.

"Dengan keyakinan dan kepercayaan yang kuat bahawa Sarawak memerlukan pembangkang yang kuat, suara untuk rakyat, menjadi asas kepada penubuhan parti dan kepercayaan itulah yang membawa kita sehingga ke hari ini.

"Kita tidak boleh melupakan keyakinan asal kita dalam perjuangan parti," katanya.

Menurutnya Sarawak selama ini telah mendapat manfaat daripada kehadiran pembangkang yang lebih kuat di negeri ini.

"Ketika kita lebih kuat pada lewat tahun 2000-an dan awal 2010-an, dasar tanah yang lebih baik telah diperkenalkan dan pemilik tanah Sarawak umumnya menikmati hak tanah yang lebih baik.

"Terdapat lebih ketelusan dan akauntabiliti dalam pentadbiran serta dasar kerajaan negeri," katanya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padungan itu menambah, barisan pemimpin dan ahli DAP mesti sentiasa sedar bahawa kepentingan Sarawak mesti diutamakan sebelum semua kepentingan lain.

"Tambahan pula, ‘kepentingan Sarawak’ tidak sama dengan kepentingan GPS, ia adalah kepentingan semua rakyat Sarawak, rakyat biasa Sarawak.

"Kepentingan Sarawak ini adalah kepentingan rakyat biasa Sarawak, mesti diutamakan dalam semua keputusan kita termasuk sama ada kita perlu bertanding dalam Pilihan Raya Negeri akan datang dan saya amat percaya ia adalah demi kepentingan rakyat biasa Sarawak.

"DAP Sarawak bukan sahaja perlu bertanding malah mesti memenangi lebih banyak kerusi pada Pilihan Raya Negeri akan datang,” tegasnya.

Chong berkata dengan hanya berbaki dua tahun lagi sebelum penggal DUN semasa tamat, pilihan raya negeri akan datang bakal menjadi ‘dimensi baharu sepenuhnya untuk DAP Sarawak’.

"Dalam semua pilihan raya lalu, kita memasuki arena sebagai pembangkang. Bagaimanapun, dalam Pilihan Raya Negeri akan datang, kedudukan kita adalah sebahagian daripada kerajaan persekutuan tetapi pembangkang di Sarawak.

"Lawan kita, selain menjadi parti pemerintah di Sarawak, juga sebahagian daripada kerajaan persekutuan.

"Jadi kita adalah sekutu dalam kerajaan persekutuan tetapi parti lawan di Sarawak,” katanya.

Beliau berkata kedudukan DAP Sarawak pada PRN akan datang telah membawa gesaan daripada GPS bahawa parti itu bersama-sama Pakatan Harapan harus tidak terlibat dalam PRN Sarawak.

"Barisan Jawatankuasa DAP Sarawak yang baharu akan dipilih dalam Konvensyen Biasa ini dan mereka akan memikul tugas mengetuai parti dalam Pilihan Raya Negeri akan datang," ujarnya.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 04:41 PM GMT+8 , Processed in 0.048789 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list