CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 57762|Reply: 0

[Kedah] Petani maut jatuh pokok petai

[Copy link]
Post time 30-11-2024 05:29 PM | Show all posts |Read mode
Petani maut jatuh pokok petai

Zuliaty Zulkiffli[email protected]




- Foto hiasan




Sungai Petani: Lelaki warga emas maut dipercayai terjatuh dari pokok petai di sebuah kebun di Kampung Perlis, di sini hari ini.

Mangsa, Ahmad Yaakop, 60, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan di bahagian kepala, pergelangan tangan dan kaki.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian menimpa mangsa yang mengambil upah mengait petai itu pada 8.30 pagi.

Katanya, penduduk kampung memaklumkan kepada adik lelaki mangsa berusia 51 tahun yang abangnya jatuh dari pokok petai di kebunnya.

Beliau berkata, pengadu kemudian menghubungi ambulans, bagaimanapun pegawai perubatan mengesahkan lelaki itu sudah meninggal dunia.

"Semakan juga mendapati mangsa tidak mempunyai sebarang rekod rawatan di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH).

"Pemeriksaan mendapati mangsa mengalami pelbagai kecederaan di bahagian kepala, pergelangan tangan dan kaki," katanya dalam kenyataan hari ini.

Wan Azharuddin berkata, mayat mangsa kemudian dibawa ke Jabatan Forensik HSAH untuk dibedah siasat.

Beliau berkata, mangsa dipercayai menetap di Kampung Perlis Simpor, Tikam Batu dan bekerja sebagai petani.

"Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya.



Disiarkan pada: November 30, 2024 @ 5:16pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/11/1161008/petani-maut-jatuh-pokok-petai




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 08:32 PM GMT+8 , Processed in 0.188047 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list