CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 56339|Reply: 1

[Kedah] Terlepas tiket kapal terbang pun telefon bomba

[Copy link]
Post time 30-11-2024 04:49 PM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 30-11-2024 04:50 PM

Terlepas tiket kapal terbang pun telefon bomba

Oleh Zuliaty Zulkiffli - November 30, 2024 @ 4:20pm[email protected]



Pegawai Bomba Khairul Amir Hudzori menerima banyak panggilan berkaitan kes kecemasan serta kes lain yang berkaitan banjir di bilik kawalan BBP Sik.- Foto NSTP/Ihsan BOMBA





































SIK: Bilik kawalan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sik menjadi paling sibuk apabila menerima banyak panggilan berkaitan bencana banjir di daerah itu, sejak Rabu lalu.

Ketua BBP Sik, Penolong Penguasa Bomba Zulkhairi Mat Tanjil berkata, petugas bilik kawalan tidak menang tangan apabila tidak henti menerima panggilan daripada orang awam untuk mendapatkan bantuan dan pertanyaan.

Pegawai bomba, Khairul Amir Hudzori berkata, sepanjang seharian bertugas, dia menerima banyak panggilan namun tetap menjawab dengan baik kerana memahami masalah yang dihadapi pemanggil walaupun kebanyakkan panggilan bukan kepada kecemasan penyelamatan mahupun kebakaran.

Katanya, kebanyakan pemanggil hanya ingin mendapatkan pelbagai informasi seperti menjadikan balai bomba Sik ini sebagai 'pusat sehenti'.

"Antara soalan yang sering ditanya pemanggil adalah jalan yang dinaiki air, jalan putus, jalan tutup, rumah tiada air, rumah tiada elektrik, tempoh air surut, cuaca, bateri kereta tak boleh hidup dan lain-lain yang bukan tujuan kecemasan.

"Malah, ada soalan paling lucu berkaitan tiket kapal terbang terlepas pun ada yang tanya bomba," katanya di sini hari ini.

Khairul Amir turut menerangkan kesemua panggilan yang diterima perlu dilayan dengan baik untuk tidak mengecewakan pemanggil malah dia sendiri sentiasa meningkatkan informasi kejadian banjir untuk jawapan terbaik semua pihak yang menghubungi bilik kawalan BBP Sik.

Katanya, Ketua BBP, Penolong Penguasa Bomba Zulkhairi Mat Tanjil selalu berpesan supaya semua anggota di balai itu sedaya upaya memberikan perkhidmatan terbaik dan jika ada kesulitan mereka juga merujuk kepada penyelia untuk tindakan seterusnya.

"Mental memang penat, tetapi ucapan terima kasih dari pemanggil sedikit sebanyak meredakan tekanan kerja sepanjang tempoh banjir ini berbanding rakan-rakan lain di lapangan operasi banjir yang lebih jauh mencabar dan berbahaya.

"Semua mangsa banjir mahupun orang awam berisiko diharap sentiasa mendapatkan maklumat yang sahih dan tepat dan tidak menyebarkan maklumat yang boleh menyusahkan semua pihak," katanya.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/11/1330866/terlepas-tiket-kapal-terbang-pun-telefon-bomba





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-11-2024 04:51 PM | Show all posts

Anggota Bilik Kawalan BBP Sik menerima banyak panggilan bencana termasuk terlepas tiket kapal terbang daripada pemanggil. - Foto NSTP/Ihsan BOMBA
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 09:07 PM GMT+8 , Processed in 0.630081 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list