CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 56124|Reply: 0

[Kedah] MAQIS Kedah gagalkan cubaan bawa masuk ayam sejuk beku, cili Foto: Ihsan MAQIS Kedah

[Copy link]
Post time 30-11-2024 11:26 AM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 30-11-2024 11:27 AM

MAQIS Kedah gagalkan cubaan bawa masuk ayam sejuk beku, cili Foto: Ihsan MAQIS Kedah

NURUL HIDAYAH HAMID
30 November 2024 10:30am




Anggota penguat kuasa MAQIS Kedah melakukan pemeriksaan ke atas keratan ayam sejuk beku di laluan kargo pintu masuk Bukit Kayu Hitam pada Selasa lepas. - Foto: MAQIS Kedah




BUKIT KAYU HITAM - Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Kedah berjaya menggagalkan cubaan membawa masuk 23 tan ayam sejuk beku di laluan kargo pintu masuk Bukit Kayu Hitam pada Selasa lepas.

Pengarah MAQIS Kedah, Hisham Abu Bakar berkata, pemeriksaan rapi pasukan penguat kuasa menemui keratan ayam sejuk beku dianggarkan bernilai lebih RM245,640 mempunyai tarikh luput dan nombor perakuan berlainan dengan sijil halal diisytiharkan.

Beliau memaklumkan, perkara terbabit merupakan pelanggaran serius di bawah Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728).

"Susulan itu, kesemua barang rampasan kini ditahan untuk siasatan dan tindakan lanjut.

"Kes ini disiasat mengikut Seksyen 13, Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728),"katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Hisyam memberitahu, pihaknya turut menggagalkan cubaan membawa masuk sebanyak 16,904 kilogram (kg) cili di pintu masuk sama pada Sabtu.

"Hasil pemeriksaan teliti pasukan penguatkuasa mendapati cili bernilai anggaran RM50,712 tersebut diimport tanpa Perakuan 3P sebagaimana diwajibkan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA),"katanya.

]
Sebahagian cili tanpa perakuan khas yang dirampas MAQIS Kedah pada Sabtu.




Tambah beliau, pelanggaran ini melibatkan Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728).

"Semua barangan turut dirampas untuk siasatan serta tindakan lanjut dan kes ini disiasat di bawah Seksyen 11(1) Akta 728,"katanya.

Hisham menegaskan, tindakan tegas akan terus diambil untuk memastikan barangan pertanian yang diimport ke negara ini termasuk tumbuhan, karkas, ikan dan hasil pertanian bebas daripada ancaman perosak dan penyakit berbahaya.


Tambahnya, kerjasama antara agensi penguatkuasa adalah kunci bagi memastikan kepatuhan kepada syarat dan peraturan ditetapkan untuk melindungi keselamatan serta kesihatan sektor pertanian negara.


"Penguatkuasaan berterusan ini adalah sebahagian daripada usaha MAQIS dalam mengekang kemasukan barangan pertanian secara haram yang boleh mengancam ekosistem dan kesejahteraan masyarakat,"katanya.


https://www.sinarharian.com.my/article/699557/berita/semasa/maqis-kedah-gagalkan-cubaan-bawa-masuk-ayam-sejuk-beku-cili


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 08:48 PM GMT+8 , Processed in 0.154836 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list