CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 80855|Reply: 0

[Pulau Pinang] Sampah berlonggok-longgok di Kampung Binjai, penduduk bimbang isu kesihatan

[Copy link]
Post time 29-11-2024 07:05 PM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 29-11-2024 07:06 PM

Sampah berlonggok-longgok di Kampung Binjai, penduduk bimbang isu kesihatan

29 November 2024 06:18pm





Subbarow (kanan) menunjukkan longgokan sampah terutama botol-botol plastik yang dibuang berhampiran jeti nelayan di Kampung Binjai, Bayan Lepas di sini. Foto Bernama




GEORGE TOWN - Sikap tidak bertanggungjawab masyarakat yang gemar membuang sampah di merata tempat telah mengundang masalah pencemaran berhampiran jeti nelayan di Kampung Binjai, Bayan Lepas, di sini.

Tinjauan Bernama mendapati sekitar kawasan berkenaan dipenuhi dengan longgokan sampah yang terdiri daripada botol, plastik, kertas, tin selain sisa daun dan kayu, malah ia sudah kelihatan seumpama sebuah kolam takungan yang dipenuhi sampah sarap berikutan kedudukannya yang rendah.

Nelayan Abdul Malik Dollah, 56, mendakwa sampah-sarap itu dibawa dari bukit berhampiran ketika hujan lebat dan biasanya ia akan dihanyutkan mengikut aliran sungai hingga ke laut, namun kini sampah berkenaan terperangkap di situ.

]
Longgokan sampah terutama botol-botol plastik yang bertakung berhampiran jeti nelayan di Kampung Binjai, Bayan Lepas di sini. Foto Bernama




"Kita bimbang keadaan ini akan memberi kesan terhadap kesihatan penduduk kerana saya dengar sudah ada kes denggi yang berlaku di sini dan kita tak mahu ia jadi bertambah buruk,” katanya ketika ditemui Bernama hari ini.

Sehubungan itu, beliau berharap tindakan dapat diambil pihak berkenaan untuk membersihkan kawasan tersebut serta meratakannya supaya ia tiada lagi menakung air atau sampah.

Abdul Malik juga berharap sistem perparitan berhampiran dapat diselenggara dengan baik supaya air dapat mengalir dengan sempurna.

Sementara itu, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) kesal dengan sikap sebilangan masyarakat di negeri ini yang masih mengamalkan mentaliti kelas ketiga, gemar membuang sampah di merata tempat hingga menimbulkan pelbagai masalah.



]
CAP kesal dengan sikap sebilangan masyarakat di negeri ini yang masih mengamalkan mentaliti kelas ketiga dengan gemar membuang sampah di merata tempat hingga menimbulkan pelbagai masalah. Foto Bernama




Pegawai pendidikan CAP, N V Subbarow yang turut turun meninjau lokasi itu menyifatkan situasi itu amat menjijikan, apabila sampah sarap terutama botol-botol tersekat hingga menjadi longgokan besar dan bertakung, yang boleh menimbulkan kesan ke atas alam sekitar dan kesihatan penduduk di kampung itu.

"CAP terperanjat melihat keadaan pencemaran buangan sisa plastik terutama sekali botol-botol kosong yang dibuang di kawasan ini yang menyebabkan keadaan sekitar kawasan ini tercemar dengan serius. CAP juga akan mengambil langkah susulan, mengusulkan masalah ini kepada pihak-pihak berwajib supaya ia dapat ditangani segera,” katanya kepada media. - Bernama

https://www.sinarharian.com.my/article/699470/edisi/utara/sampah-berlonggok-longgok-di-kampung-binjai-penduduk-bimbang-isu-kesihatan


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 08:43 PM GMT+8 , Processed in 0.063203 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list