CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 82784|Reply: 0

[Perlis] Banjir: Operasi tren KTMB MySawasdee hari ini hingga Isnin dibatalkan

[Copy link]
Post time 29-11-2024 05:50 PM | Show all posts |Read mode
Banjir: Operasi tren KTMB MySawasdee hari ini hingga Isnin dibatalkan

Aizat Sharif[email protected]




GAMBAR hiasan




Arau: Perkhidmatan tren Keretapi Tanah Melayu (KTMB) khas MySawasdee dari KL Sentral ke Hatyai dan ke KL Sentral semula yang dijadualkan pada hari ini hingga 2 Disember hadapan dibatalkan.

KTMB dalam satu kenyataan memaklumkan pembatalan perkhidmatan kereta api MySawasdee 1004 dan 1005 itu adalah berikutan situasi semasa berikutan hujan berpanjangan di wilayah utara Semenanjung Malaysia dan Hatyai yang berisiko berlakunya banjir.

Sehubungan itu, pemulangan tambang penuh akan diberikan melalui KTMB Mobile (KITS) dan sebarang bantuan boleh merujuk kepada kakitangan stesen bertugas atau menghubungi Pusat Panggilan KTMB pada talian 03 9779 1200 atau emel kepada [email protected]

Sebelum ini juga, KTMB memaklumkan perkhidmatan tren KTM Intercity di laluan Pantai Timur terjejas akibat banjir dan kejadian tanah mendap di beberapa kawasan yang turut menjejaskan operasi tren penumpang.

Berikutan itu, perkhidmatan KTM Intercity ke Pantai Timur membabitkan tren Ekspres Rakyat Timuran No 27 bagi laluan JB Sentral-Tumpat dibatalkan mulai semalam.

Perkhidmatan lain yang turut terjejas termasuk Ekspres Rakyat Timuran No 26 dan No 27 (JB Sentral–Tumpat–JB Sentral) serta Shuttle Timuran (Kuala Lipis–Gua Musang–Tumpat) akibat ditenggelami banjir.



Disiarkan pada: November 29, 2024 @ 8:10am

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/11/1160397/banjir-operasi-tren-ktmb-mysawasdee-hari-ini-hingga-isnin-dibatalkan




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 08:43 PM GMT+8 , Processed in 0.126749 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list