CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 47214|Reply: 0

[Pulau Pinang] Dua beranak nafi terima deposit RM50,000 tanpa lesen sah

[Copy link]
Post time 29-11-2024 05:02 PM | Show all posts |Read mode
Dua beranak nafi terima deposit RM50,000 tanpa lesen sah

Zuhainy Zulkiffli[email protected]



DUA beranak ketika dibawa ke perkarangan Mahkamah Balik Pulau di sini. FOTO Zuhainy Zulkiffli




Balik Pulau: Anak dan bapa didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas tiga pertuduhan menerima deposit berjumlah RM50,000 tanpa lesen sah daripada seorang lelaki bagi pelaburan syarikat perkhidmatan pembersihan, sembilan tahun lalu.

Bagaimanapun tertuduh, Abang Fikri Azad Abang Mohamad Arip, 35, dan bapanya, Abang Mohamad Arip Abang Aerowaini, 70, mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan terhadap mereka dibacakan secara bersama di hadapan Hakim Ahzal Fariz Ahmad Khairuddin.

Mengikut kesemua pertuduhan, mereka didapati menerima wang deposit RM50,000 daripada Zakaria Abdul Rahman, 38, tanpa suatu lesen yang sah yang diberikan di bawah Seksyen 10 Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 (Akta 758).

Bekas anggota pasukan beruniform dan bapanya yang juga pesara badan beruniform sama didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah bank di Bayan Baru dekat sini antara 8 Mei hingga 5 Jun 2015.

Bagi kesalahan itu mereka didakwa mengikut Seksyen 137 (1) Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 137 (2) akta sama.

Jika sabit kesalahan tertuduh boleh dihukum penjara tidak lebih 10 tahun atau denda maksimum RM50 juta atau kedua-duanya sekali.

Ketika prosiding Timbalan Pendakwa Raya, Lim Jin Hong menawarkan jaminan sebanyak RM15,000 bagi setiap pertuduhan serta syarat tambahan dilarang ganggu saksi pendakwaan dan lapor diri di balai polis berhampiran kediaman serta serah pasport kepada mahkamah.

Bagaimanapun, peguam, S Jeevah yang mewakili dua beranak itu meminta jaminan minimum atas alasan anak guamnya kini bekerja sebagai pemandu e-hailing dengan pendapatan bulan antara RM1,500 hingga RM2,000 dan perlu menyara isteri, dua anak serta ibu bapa mentuanya.

Manakala tertuduh kedua pula pesara kerajaan yang menerima pencen bulan berjumlah RM2,000 dan menyara isterinya.

Hakim kemudian membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin sebanyak RM36,000 bagi kesemua pertuduhan bersama seorang penjamin tempatan serta syarat tambahan seperti yang ditawarkan Jin Hong.

Mahkamah menetapkan 6 Januari depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Disiarkan pada: November 29, 2024 @ 3:15pm
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/11/1160562/dua-beranak-nafi-terima-deposit-rm50000-tanpa-lesen-sah





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 08:22 PM GMT+8 , Processed in 0.055802 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list