CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10804|Reply: 0

[Pulau Pinang] Kes Paddy Jewellery: Bekas petugas makanan hospital berdepan 11 pertuduhan di Pulau Pinang

[Copy link]
Post time 28-11-2024 01:55 PM | Show all posts |Read mode
Kes Paddy Jewellery: Bekas petugas makanan hospital berdepan 11 pertuduhan di Pulau Pinang

Siti Aminah Mohd Yusof[email protected]





Seorang penolong pegawai penyedia makanan sebuah hospital, Rosdi Abd Malek, 35, (tengah) diiringi polis di Mahkamah Butterworth, atas 11 pertuduhan berhubung kes pelaburan emas tidak wujud dikenali sebagai 'Paddy Jewellery' membabitkan kerugian sebanyak RM165,000. FOTO DANIAL SAAD




Butterworth: Seorang bekas penolong pegawai penyedia makanan sebuah hospital di ibu kota dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, hari ini, atas 11 pertuduhan menipu seorang wanita berkaitan pelaburan emas tidak wujud dikenali sebagai 'Paddy Jewellery' membabitkan kerugian RM165,000, sejak awal tahun ini.

Tertuduh, Rosdi Abd Malek, 35, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Siti Zulaikha Nordin @ Ghani.

Berdasarkan pertuduhan pertama, tertuduh didakwa menipu seorang wanita bahawa mangsa akan menerima emas secara fizikal pada harga murah.

Kemudian, tertuduh dengan curangnya mendorong mangsa menyerahkan wang sebanyak RM2,000 ke dalam akaun bank CIMB atas namanya, yang mana mangsa tidak akan menyerahkan wang tersebut sekiranya dia tidak diperdayakan.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di Bandar Putra Bertam, Kepala Batas, dekat Seberang Perai Utara, 20 Februari lalu.

Bagi pertuduhan kedua hingga ke-11, Rosdi didakwa menipu wanita sama membabitkan 10 lagi transaksi pemindahan wang sekitar RM4,100 hingga RM50,000 menerusi bank miliknya antara 11 Mac hingga 13 Julai lalu.

Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. Sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum 10 tahun, sebat serta boleh didenda.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Airina Syazreen Zainurin manakala tertuduh diwakili peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Husna Ridzuan.

Siti Zulaikha kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,000 bagi setiap pertuduhan dengan jumlah keseluruhan RM33,000 dan menetapkan 23 Januari depan sebagai sebutan semula kes serta serahan dokumen.

Sebelum ini, Harian Metro melaporkan, polis menerima 69 laporan berkaitan penipuan pelaburan emas 'PA Jewellery' dan 'Paddy Jewellery' berjumlah keseluruhan RM48.5 juta.

Disiarkan pada: November 28, 2024 @ 12:54pm
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/11/1160084/kes-paddy-jewellery-bekas-petugas-makanan-hospital-berdepan-11-pertuduhan





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 09:12 PM GMT+8 , Processed in 0.203154 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list