Edited by sfhzuraz at 28-11-2024 12:59 PM
Banjir Kedah: Bilangan mangsa meningkat, 596 orang dipindahkan ke 7 PPS
28 November 2024 10:50am
Anggota penyelamat membantu memindahkan seorang mangsa banjir selepas kediamannya dinaiki air. - Foto APM
ALOR SETAR - Bilangan mangsa banjir di Kedah mencatat peningkatan apabila seramai 596 orang mangsa daripada 197 keluarga terpaksa berteduh di tujuh pusat pemindahan sementara (PPS).
Timbalan Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah, Mejar (PA) Muhammad Suhaimi Mohd Zain berkata, dua daerah terjejas iaitu Kubang Pasu dan Sik selepas hujan tanpa henti selama tiga hari.
“Setakat jam 8 pagi tadi seramai 535 mangsa di Kubang Pasu dipindahkan ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Changlun, SMK Binjai, Sekolah Kebangsaan (SK) Felda Batu 8, SK Sultan Ahmad Tajuddin, SK Malau dan Dewan PPK Lubuk Batu.
“Manakala di Sik seramai 34 mangsa berada di SK Kota Aur, yang mula dipindahkan malam tadi,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI pada Khamis.
]
Mangsa banjir dipindahkan selepas rumah mereka dinaiki air. Foto APM
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sik, Zulkhairi Mat Tanjil berkata, anggota bomba terpaksa memujuk mangsa untuk berpindah selepas paras air Sungai Kota Aur melimpah.
“Saya bersama 16 anggota tiba di lokasi dan mendapati kawasan kampung berkenaan dinaiki air setinggi satu meter dan terpaksa memujuk tujuh keluarga untuk berpindah.
“Operasi pemindahan mangsa berjaya dan mangsa kini ditempatkan di SK Kota Aur,” kata beliau. - Awani
https://www.sinarharian.com.my/article/699152/berita/semasa/banjir-kedah-bilangan-mangsa-meningkat-596-orang-dipindahkan-ke-7-pps
|