CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7071|Reply: 0

[Kedah] 4 sungai di Kedah melepasi paras bahaya, mangsa banjir terus meningkat

[Copy link]
Post time 28-11-2024 12:26 PM | Show all posts |Read mode
4 sungai di Kedah melepasi paras bahaya, mangsa banjir terus meningkat

Oleh Zuliaty Zulkiffli - November 28, 2024 @ 10:48am[email protected]




Aras air Sungai Padang Terap sudah melepasi paras amaran susulan hujan lebat berterusan. - NSTP/ZULIATY ZULKIFFLI




ALOR SETAR: Empat sungai di tiga daerah negeri ini mencatat aras air melepasi paras bahaya, setakat jam 9.30 pagi ini.

Berdasarkan maklumat Public Infobanjir, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), dua sungai terbabit di daerah Kubang Pasu ialah Sungai Laka di Kampung Padang Pasir yang merekodkan bacaan 22.95 meter (m), iaitu melepasi paras bahaya 21.6m, dan Sungai Bata di Kampung Bata dengan bacaan 9.56m (9.14m).

Selain itu, Sungai Anak Bukit di Taman Aman di daerah Kota Setar mencatat bacaan 3.01m (2.6m) dan Sungai Perik di Kampung Perik di daerah Padang Terap merekodkan 16.32m (14.2m).



Anggota APM memantau keadaan banjir di Kubang Pasu. - Foto ihsan APM
Dalam pada itu, aras air di empat sungai membabitkan Sungai Ketil, Kuala Pegang (Baling); Sungai Titi Kerbau, Kubur Panjang (Pendang); Sungai Sari di Kilang Gula (Padang Terap); dan Sungai Padang Terap di Kepala Batas (Kubang Pasu) sudah melepasi paras amaran.

Timbalan Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah, Mejar (PA) Muhammad Suhaimi Mohd Zain, berkata jumlah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di negeri ini telah meningkat kepada tujuh di daerah Kubang Pasu dan Sik yang menempatkan seramai 569 mangsa banjir daripada 197 keluarga.

Beliau berkata, ia membabitkan enam PPS di daerah Kubang Pasu, iaitu PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Changlun, SMK Binjai, Sekolah Kebangsaan (SK) FELDA Batu 8, SK Sultan Ahmad Tajuddin, Dewan PPK Lubuk Batu dan SK Malau yang menempatkan 535 mangsa (184 keluarga).

"Sebuah PPS dibuka di daerah Sik ialah PPS SK Kota Aur yang menempatkan 34 mangsa banjir (13 keluarga)," katanya.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/11/1329857/4-sungai-di-kedah-melepasi-paras-bahaya-mangsa-banjir-terus





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 03:53 PM GMT+8 , Processed in 0.359585 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list