CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 36654|Reply: 0

[Kedah] Kedah setuju Langkawi jadi lokasi penutup Le Tour De Langkawi

[Copy link]
Post time 27-11-2024 02:43 PM | Show all posts |Read mode
Kedah setuju Langkawi jadi lokasi penutup Le Tour De Langkawi

NURUL HIDAYAH HAMID
27 November 2024 01:08pm




Kedah bersetuju dengan cadangan agar Langkawi menjadi penutup Le Tour De Langkawi diadakan di Langkawi sempena Tahun Melawat Kedah 2025. Gambar hiasan




ALOR SETAR - Kedah bersetuju dengan cadangan agar Langkawi menjadi penutup Le Tour De Langkawi diadakan di Langkawi sempena Tahun Melawat Kedah 2025 (TMK 2025).

Exco Kepenggunaan dan Kos Sara Hidup, Belia dan Sukan, Muhammad Radhi Mat Din berkata, perbincangan lanjut akan diadakan bersama kementerian berkaitan tidak lama lagi.




]
Muhammad Radhi ketika sesi pergulungan pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah di Wisma Darul Aman, di sini, pada Rabu.




Beliau memaklumkan, sebelum ini, cadangan Langkawi menjadi penutup kepada acara berprestij terbabit telah dibincangkan bersama Pegawai Daerah Langkawi.

"Le Tour De Langkawi kebiasaannya bermula di Langkawi, tetapi kita mengambil kira tentang keadaan masa terlalu singkat untuk pelumba dan petugas-petugas berada di Langkawi.

"Jadi, kita mengambil kira atas kapasiti itu,kita mengambil kira cadangan agar penutup Le Tour De Langkawi (diadakan) di Langkawi,"katanya ketika sesi pergulungan pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah di Wisma Darul Aman, di sini, pada Rabu.

Beliau berkata, acara pembukaan perlumbaan basikal berprestij di benua Asia terbabit boleh dilakukan di mana-mana lokasi,namun penutupnya mesti dilaksanakan di Langkawi.

Muhammad Radhi menyifatkan, cadangan supaya penutup acara perlumbaan terbabit diadakan di Langkawi ini bermanfaat kepada pelbagai pihak khususnya Kedah sempena TMK 2025.


Beliau memaklumkan, cadangan terbabit telah dibawa ke peringkat Mesyuarat Exco Kedah dan mendapat persetujuan semua pihak.

"Kita harap cadangan ini dipertimbangkan di pihak kementerian dan saya berterima kepada Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Mohd Suhaimi Abdullah membangkitkan perkara ini di Parlimen supaya isu dibawa akan didengari pihak pusat," katanya.


https://www.sinarharian.com.my/article/698969/edisi/utara/kedah-setuju-langkawi-jadi-lokasi-penutup-le-tour-de-langkawi


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 08:37 PM GMT+8 , Processed in 0.056512 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list