CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 24946|Reply: 0

[Pulau Pinang] Pulau Pinang akan tubuh jawatankuasa, garis panduan khusus tangani gelandangan

[Copy link]
Post time 27-11-2024 12:39 PM | Show all posts |Read mode
Pulau Pinang akan tubuh jawatankuasa, garis panduan khusus tangani gelandangan

Oleh Siti Aminah Mohd Yusof - November 27, 2024 @ 11:28am [email protected]




Daniel pada sidang Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang semalam. - Foto NSTP/Mikail Ong




GEORGETOWN: Kerajaan negeri dalam proses menubuhkan jawatankuasa dan mengembangkan garis panduan khusus bagi menangani serta membantu populasi gelandangan di negeri ini.

EXCO Belia, Sukan dan Kesihatan negeri, Daniel Gooi, berkata langkah itu turut membabitkan golongan papa terdiri daripada pengemis dan peleser yang dikesan menghidap penyakit mental dan isu penyalahgunaan dadah.

"Berdasarkan rekod, seramai 33 individu papa menghadapi masalah mental diselamatkan setakat September lalu berbanding masing-masing 20 dan 14 orang pada 2023 dan 2022.

"Bagi orang papa yang diselamatkan dan dikesan terbabit dalam penagihan dadah pula seramai 14 orang setakat September lalu dan masing-masing tujuh dan 11 orang pada 2023 dan 2022," katanya pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, hari ini.

Daniel berkata demikian bagi menjawab soalan Chee Yee Keen (PH-Bagan Jermal) yang bertanya apakah kekangan dihadapi dalam dalam menyalurkan bantuan kepada golongan papa yang berdepan masalah kesihatan mental, HIV dan masalah penagihan dadah.

Beliau turut menjelaskan, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bertanggungjawab mengambil dan memulihkan orang papa (pengemis dan peleser) berdasarkan peruntukan di bawah Akta Orang-Orang Papa 1977 [Akta 183].

Menurutnya, bagaimanapun JKM tidak mempunyai kuasa mengambil dan membantu orang papa terdiri daripada kes bukan negara, pemegang kad UNCHR, kes disyaki berpenyakit mental; masalah kesihatan kronik serta penyakit berjangkit; penagih dadah; hidu gam; ketagihan alkohol dan mengutip derma tanpa kelulusan.

"Namun begitu, pihak JKM akan menghubungi Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) bagi membantu memberi rawatan dengan JKNPP akan mengenal pasti pesakit daripada orang gelandangan atau papa, seterusnya akan dirujuk kepada Jabatan Kerja Sosial Perubatan (JKSP) untuk tindakan lanjut.

"Dalam hal ini, pesakit yang mempunyai masalah kesihatan kronik akan dirujuk ke klinik pakar atau klinik kesihatan terdekat mengikut keperluan bagi rawatan lanjut," katanya.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/11/1329402/pulau-pinang-akan-tubuh-jawatankuasa-garis-panduan-khusus-tangani





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 08:21 PM GMT+8 , Processed in 0.054205 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list