CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 38497|Reply: 0

[Kedah] Gagasan Cordoba of Kedah pelengkap The Greater Kedah

[Copy link]
Post time 26-11-2024 08:28 PM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 26-11-2024 08:29 PM

Gagasan Cordoba of Kedah pelengkap The Greater Kedah

NURUL HIDAYAH HAMID
26 November 2024 06:34pm




Najmi bercakap ketika sesi perbahasan persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah di Wisma Darul Aman.




ALOR SETAR - Kerajaan negeri diharapkan memberi keutamaan kepada gagasan Cordoba of Kedah bagi melengkapkan dan pemangkin ke arah mencapai agenda The Greater Kedah.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kupang, Datuk Najmi Ahmad berkata, gagasan terbabit perlu diberi perhatian dalam memayungi pembangunan insan rakyat pelbagai peringkat seiring dengan kemajuan ekonomi dan sosio negeri.


Beliau memberitahu, hasilnya, The Greater Kedah bukan sahaja bakal membina kehebatan tamadun dengan kemajuan material dan ekonomi semata-mata, malah memfokuskan juga kepada kemajuan sosioekonomi serta perkembangan budaya ilmu dalam kalangan rakyat.


"Jadi, gagasan ini perlu menjadi keutamaan sebagai usaha memberi pendidikan yang holistik dan menyeluruh bermula daripada pendidikan awal kanak kanak sehingga ke pengajian tinggi.

"Ia selari dengan usaha kerajaan melepaskan rakyat daripada kemiskinan," katanya ketika sesi perbahasan persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah di Wisma Darul Aman pada Selasa.


Najmi menambah, beliau memandang positif terhadap pelaksanaan program graduan berprestasi tinggi negeri Kedah ataupun Kedah Future Leaders sebagai sebahagian daripada inisiatif di bawah agenda Cordoba of Kedah.


Beliau turut menyifatkan, program ini sangat baik dalam usaha membentuk generasi pemimpin masa depan negara dan negeri.


"Selari dengan blueprint Kedah 2 0 3 5, jika dilengkapkan dengan konsep Cordoba of Kedah sudah tentu akan menjadi pemangkin dan pelengkap kepada gagasan baru The greater Kedah yang akan direalisasikan menjelang tahun 2050.


"Harapan saya adalah Cordoba of Kedah boleh membangunkan modul khusus supaya dapat diserapkan kepada semua agensi kerajaan dalam negeri," katanya.


Tambah Najmi, ia termasuklah dalam memberi nilai tambah dalam program industri oleh universiti yang dilantik sebagai segi tiga ilmu antara Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (UniSHAMS),Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Kongsi beliau, usaha ini demi membantu mencapai matlamat diasaskan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor ketika pelancaran Cordoba of Kedah,yang mana gagasan ini diletakkan sebagai pelantar rujukan utama kecemerlangan peradaban.


Selain itu,katanya, gagasan itu adalah manifestasi daripada integrasi berbagai sumber pengetahuan dan ilmu wahyu ke arah melahirkan peribadi dan generasi unggul dan holistik.


https://www.sinarharian.com.my/article/698849/edisi/utara/gagasan-cordoba-of-kedah-pelengkap-the-greater-kedah


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 09:17 PM GMT+8 , Processed in 0.815348 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list