CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 42125|Reply: 0

[Perlis] RM27,000 menanti pemancing di Pantai Berembang

[Copy link]
Post time 26-11-2024 06:35 PM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 26-11-2024 06:37 PM

RM27,000 menanti pemancing di Pantai Berembang

26 November 2024 06:15pm




Kawasan memancing di Pantai Berembang.




KANGAR – Hadiah wang tunai hampir RM27,000 menanti pemancing dalam pertandingan memancing Terbuka Perlis di Pantai Berembang,Sabtu ini.

Pertandingan anjuran Kelab Memancing Geng Pancing Unik (GPU) itu menawarkan hadiah kepada juara pertandingan wang tunai RM10,000, naib juara menerima RM3,000 dan ketiga RM1,000. Pemenang keempat menerima RM500, kelima RM400, keenam hingga 10 (RM250) dan ke-11 hingga 100 masing-masing menerima RM120.


Pertandingan itu adalah bagi menyokong kempen Cuti-Cuti Malaysia - melanconglah dalam negara dan turut mendapat sokongan daripada Tourism Malaysia sekaligus mempromosikan Perlis sebagai destinasi pelancongan.

Presiden GPU, Wan Mohd Fitri Wan Shahidan, berkata, pertandingan bermula jam 10 pagi hingga 2 petang.

]



“Penganjur akan membuka kawasan memancing 1.5 kilometer bagi memberi ruang selesa kepada peserta. Ini adalah pertandingan pertama di Pantai Berembang sejak September tahun lalu.

“Pihak kelab yakin acara yang dianjurkan ini mampu menarik pemancing dari negeri jiran termasuk Selangor, Perak dan Kelantan,’’ katanya.

Yuran penyertaan RM70 untuk satu joran. Kaunter pendaftaran dibuka di lokasi pertandingan Jumaat ini bermula 4 petang hingga 10 malam dan dibuka semula pada jam 8 pagi Sabtu hingga pertandingan bermula.





]



Pantai Berembang terkenal sebagai pantai peranginan tidak tercemar. Ia kaya dengan spesis belukang, duri dan pecah periuk. Di kalangan pelancong pula, kawasan ini dipenuhi dengan ribuan pepatung khususnya pada awal pagi dan selepas hujan menjadikan ini sebagai destinasi pelancongan unik yang belum tercemar.

Pertanyaan dan pendaftaran boleh berhubung dengan penganjur di talian 012-2141401 dan 012-6823479.


https://www.sinarharian.com.my/article/698845/berita/nasional/rm27000-menanti-pemancing-di-pantai-berembang


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 09:16 PM GMT+8 , Processed in 0.514394 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list