CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 35856|Reply: 0

[Kedah] Bin Zayed tarik diri projek Langkasuka, tak jejas pelancongan Langkawi

[Copy link]
Post time 26-11-2024 05:27 PM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 26-11-2024 05:28 PM

Bin Zayed tarik diri projek Langkasuka, tak jejas pelancongan Langkawi

ROSLINDA HASHIM
26 November 2024 04:13pm




Mohd Suhaimi



ALOR SETAR - Penarikan diri pelabur Bin Zayed International (BZI) daripada projek Langkasuka di Langkawi tidak akan menjejaskan pelancongan sedia ada di pulau lagenda itu.

Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Mohd Suhaimi Abdullah berkata, ini kerana Langkawi sudah memiliki tarikan semula jadi tersendiri yang lebih menjadi keutamaan seperti keunikan pantai, laut dan gunung-ganang.

Menurutnya, pulau pelancongan tersebut tidak perlu bergantung kepada mana-mana projek mewah untuk menggamit kehadiran pengunjung.

“Sebelum ini pun projek kerajaan Barisan Nasional (BN) yang dikenali sebagai 99 East juga tidak menjadi kenyataan namun ia tidaklah menjejaskan Langkawi.


“Langkawi berdiri sendiri melalui produk pelancongan, fasiliti dan kemudahan mesra pelancong. Ia tidak sama sekali terjejas dengan penarikan diri BZI,” katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.

Pada Jumaat, konglomerat pelaburan global, Bin Zayed International Group of Companies (BZI) mengesahkan menarik diri secara rasmi daripada projek Langkasuka di Langkawi bernilai RM40 bilion.

Pengarah Urusan Bin Zayed International (M) Bhd, Datuk Seri Dr Shamir Kumar Nandy berkata, mereka memutuskan menarik diri sejak 2022 untuk memberi tumpuan kepada peluang yang lebih baik, realistik dan potensi lebih besar.

Pada 2021, Widad Business Group Sdn Bhd menjalin kerjasama strategik dengan BZI untuk membantu membangunkan pembangunan bercampur RM40 bilion dikenali sebagai Widad@Langkasuka di Langkawi.



Mohd Suhaimi berkata, sekiranya projek Langkasuka dibangunkan dengan jayanya, ia berpotensi memberi nilai tambah kepada Langkawi.

“Nilai tambah itu boleh diganti dengan projek lain yang sama skalanya.


“Selaku wakil rakyat Langkawi, saya mohon supaya syarikat Widad atau syarikat yang berkaitan membuka ‘construction hoarding’ atau penimbunan pembinaan yang membuatkan pemandangan pelancong kurang enak ketika mereka sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Langkawi,” katanya lagi.


https://www.sinarharian.com.my/article/698807/edisi/utara/bin-zayed-tarik-diri-projek-langkasuka-tak-jejas-pelancongan-langkawi


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 09:00 PM GMT+8 , Processed in 0.048526 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list