CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 16107|Reply: 0

[Pulau Pinang] Integrasi pemuliharaan bagi lindungi hidupan liar - CAP

[Copy link]
Post time 26-11-2024 03:25 PM | Show all posts |Read mode
Integrasi pemuliharaan bagi lindungi hidupan liar - CAP

Zuhainy Zulkiffli[email protected]




MOHIDEEN. FOTO Arkib NSTP




Georgetown: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendapati konflik antara manusia dan hidupan liar di negara ini semakin buruk akibat urbanisasi pesat dan kemusnahan habitat.

Ia susulan laporan pemburuan, perdagangan hidupan liar secara haram dan kemalangan jalan raya membabitkan haiwan di samping penebangan hutan serta pembangunan tanah tidak terkawal.

Presiden CAP Mohideen Abdul Kader berkata, pertambahan populasi manusia menyebabkan pencerobohan berterusan ke atas habitat hidupan liar sekali gus mengintensifkan konflik berkenaan apabila landskap semulajadi digantikan dengan ladang dan kawasan bandar.

​Katanya, kehilangan hutan di Malaysia mencapai tahap membimbangkan dan Global Forest Watch (GFW) melaporkan negara ini hilang 133,000 hektar hutan semula jadi yang melepaskan kira-kira 146 juta tan karbon dioksida, tahun lalu.

"Penebangan hutan memusnahkan ekosistem dan menghancurkan habitat bagi spesies ikonik seperti Orang Utan, malah krisis berkenaan bertambah buruk akibat penggunaan sumber berlebihan, dasar alam sekitar singkat dan perdagangan antarabangsa yang mengeluarkan spesies daripada ekosistem.

"Tenggiling kekal sebagai mamalia paling banyak diperdagangkan secara haram di dunia, manakala beruang madu menjadi sasaran tinggi bagi mendapatkan pundi hempedu," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mohideen berkata, peningkatan perdagangan hidupan liar secara haram di platform media sosial sering kali terlepas daripada pengawasan.

Menurutnya, infrastruktur jalan raya termasuk lebuh raya yang merentasi kawasan habitat turut mengancam hidupan liar seperti kekerapan insiden kemalangan dan tapir antara paling terkesan.

"Insiden terkini membabitkan seekor beruang madu yang cedera di Lebuhraya LPT di Kuantan.

"Perlanggaran seperti ini bukan sahaja membunuh haiwan secara individu, tetapi memberi kesan besar kepada populasi spesies terutama terdedah kepada pemecahan habitat," katanya.

Dilaporkan antara 2015 hingga 2020, sebanyak 92 tapir Malaya terbunuh akibat kemalangan jalan raya di Johor, Pahang dan Selangor.

Manakala, enam Harimau Malaya mati akibat kemalangan jalan raya antara 2023 hingga 2024.

"Justeru, CAP mendapati wujud keperluan mendesak bagi mengintegrasikan pemuliharaan ke dalam semua pelan pembangunan dengan melindungi habitat.

"Peraturan dan penguatkuasaan lebih ketat juga penting bagi mengekang perdagangan hidupan liar secara haram dan mencegah kemusnahan habitat," katanya.

Disiarkan pada: November 26, 2024 @ 2:42pm
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/11/1159345/integrasi-pemuliharaan-bagi-lindungi-hidupan-liar-cap





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 08:24 PM GMT+8 , Processed in 0.275546 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list