CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5925|Reply: 0

[Pulau Pinang] Gagal lantik pegawai keselamatan dan kesihatan, syarikat pembinaan didenda RM4,000

[Copy link]
Post time 26-11-2024 01:30 PM | Show all posts |Read mode
Gagal lantik pegawai keselamatan dan kesihatan, syarikat pembinaan didenda RM4,000

Oleh Zuhainy Zulkiffli - November 26, 2024 @ 11:57am[email protected]




Gambar hiasan




GEORGETOWN: Sebuah syarikat pembinaan dijatuhi hukuman denda RM4,000 oleh Mahkamah Majistret, di sini, semalam, kerana gagal melantik pegawai keselamatan dan kesihatan.

Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) dalam kenyataan berkata, syarikat Kerjaya Prospek (M) Sdn Bhd, mengaku bersalah atas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohamad Azlan Basri.

Katanya, kesalahan didakwa dilakukan mengikut Seksyen 29(2) Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994.

"Syarikat itu mengaku salah sebagai penghuni suatu tempat kerja yang gagal mengambil kerja seorang yang kompeten untuk bertindak sebagai Pegawai Keselamatan dan Kesihatan berdaftar dengan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan di tempat kerja, bagi kerja pengendalian bangunan dengan jumlah kontrak projek melebihi RM20 juta.

"Kesalahan itu didakwa dilakukan ketika pemeriksaan mengejut pegawai JKKP Pulau Pinang pada 7 Februari lalu di tapak pembinaan di Pulau Andaman," katanya.

Sehubungan itu, JKKP berharap kes itu dapat memberi pengajaran kepada semua majikan dan pekerja supaya mematuhi undang-undang demi keselamatan pekerja dan kepentingan awam.

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2024/11/1328962/gagal-lantik-pegawai-keselamatan-dan-kesihatan-syarikat-pembinaan-didenda





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 08:59 PM GMT+8 , Processed in 0.049805 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list