CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5856|Reply: 0

[Pulau Pinang] Kenyataan Ketua Menteri bukan bersifat fitnah - Hakim

[Copy link]
Post time 26-11-2024 01:17 PM | Show all posts |Read mode
Kenyataan Ketua Menteri bukan bersifat fitnah - Hakim

Siti Aminah Mohd Yusof[email protected]




KON Yeow ketika ditemui media selepas kes saman fitnah terhadapnya ditolak Mahkamah Tinggi. FOTO Mikail Ong




Georgetown: Mahkamah Tinggi di sini, hari ini menolak kes saman fitnah difailkan taikun perniagaan, Tan Sri Tan Kok Ping, terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow membabitkan isu pusat jagaan warga emas, Silver Jubilee Home (SJH).

Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Quay Chew Soon berkata bahawa kenyataan oleh Kon Yeow yang didakwa memfitnah Kok Ping bukan bersifat fitnah, sebaliknya ia adalah satu kenyataan fakta tanpa niat jahat.

"Setelah membaca keseluruhan transkrip video sidang akhbar defendan, saya yakin bahawa kenyataan-kenyataan yang dipertikaikan tidak membawa maksud memfitnah atau sindiran terhadap plaintif.

"Kenyataan defendan mengenai keperluan tender kerana SJH bukan dimiliki kerajaan negeri, tetapi sebuah organisasi awam dan bukan harta peribadi plaintif adalah kenyataan fakta," katanya dalam keputusan penghakiman melalui aplikasi Zoom.

Chew Soon turut mengarahkan Kok Ping membayar RM50,000 kepada Kon Yeow sebagai kos pada sidang secara dalam talian yang turut disertai peguam K Kirubakaran, Kek Boon Wei and Lee Wen Qian yang mewakili Kok Ping manakala Kon Yeow diwakili, Cheah Eng Soon.

Menurutnya, kenyataan yang didakwa memfitnah perlu dilihat secara keseluruhan dan bukan memilih sebahagian perkataan luar daripada konteks selain berpendapat transkrip penuh video sidang akhbar Kon Yeow pada Disember 2023 itu harus disertakan sebagai rujukan kepada kenyataan yang dipertikaikan.

"Memilih dan mengambil kata-kata tertentu yang didakwa memfitnah tanpa meletakkannya dalam konteks yang betul boleh menjadi mengelirukan kerana kata-kata yang dipersoalkan tidak boleh dibaca secara berasingan tetapi mesti dibaca secara menyeluruh.

"Cara yang betul untuk membuat pernyataan tuntutan, pada pandangan saya, adalah dengan memetik transkrip video sidang akhbar itu sepenuhnya, jika sesuai, sebagai lampiran kepada pernyataan tuntutan, kemudian menyerlahkan kata-kata yang dipertikaikan yang didakwa memfitnah," katanya.

Pada Disember lalu, Kok Ping yang juga Presiden Kehormat Seumur Hidup Dewan Perniagaan Tionghua Pulau Pinang (PCCC), menyaman Kon Yeow atas dakwaan kenyataan fitnah yang disiarkan dalam akhbar berbahasa Cina sebelum beliau selaku pemegang amanah SJH dilaporkan meletak jawatan susulan isu terbabit.

Disiarkan pada: November 26, 2024 @ 1:06pm
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/11/1159289/kenyataan-ketua-menteri-bukan-bersifat-fitnah-hakim





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 08:55 PM GMT+8 , Processed in 0.048525 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list