CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12777|Reply: 0

[Kedah] Pondok usang tempat seludup migran diserbu polis, 4 tekong darat dicekup

[Copy link]
Post time 26-11-2024 09:37 AM | Show all posts |Read mode
Pondok usang tempat seludup migran diserbu polis, 4 tekong darat dicekup

Zuliaty Zulkiffli[email protected]




BARANGAN yang dirampas susulan penahanan empat lelaki disyaki tekong darat di kawasan kebun getah di Bukit Tangga, dekat Jitra. FOTO Ihsan Polis




Jitra: Polis menahan 10 warga asing termasuk empat daripadanya tekong darat dalam serbuan di sebuah pondok usang di kawasan kebun getah berhampiran jalan belakang sebuah universiti awam di Bukit Tangga di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Mohd Redzuan Salleh berkata, hasil pemeriksaan mendapati enam warga asing iaitu tiga lelaki dan tiga wanita itu disyaki pendatang tanpa izin (Pati) warga Myanmar.

Beliau berkata, empat lelaki warga Thailand itu pula dipercayai penjaga kawasan itu yang bertindak sebagai tekong darat.

"Lokasi itu ditemukan pada 10.50 pagi ketika sepasukan pegawai dan anggota polis dari Balai Polis Bukit Kayu Hitam melakukan tugas pencegahan penyeludupan menerusi Ops Pintas.

"Sebaik sampai di lokasi, pihak polis melakukan pemantauan selama kira-kira 10 minit dan ternampak enam individu iaitu tiga lelaki dan tiga wanita warga Myanmar, duduk di pondok itu.

"Ketika itu, empat lelaki warga Thailand dipercayai penjaga tempat itu turut berada berdekatan tempat kejadian," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd Redzuan berkata, berikutan itu, polis melakukan serbuan di kawasan itu dan hasil pemeriksaan mendapati, kesemua mereka yang diperiksa tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri yang sah.

Beliau berkata, soal siasat mendapati keempat-empat tekong itu ditawarkan upah daripada seorang lelaki Myanmar lain dengan bayaran sebanyak RM65 bagi setiap warga asing yang dibawa dari Kampung Sadao, Thailand ke sempadan Bukit Kayu Hitam.

"Kesemua warga asing ditahan berusia lingkungan 21 dan 40 tahun," katanya.

Mohd Redzuan berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

Disiarkan pada: November 26, 2024 @ 8:22am
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/11/1159208/pondok-usang-tempat-seludup-migran-diserbu-polis-4-tekong-darat-dicekup





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 08:47 PM GMT+8 , Processed in 0.837719 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list