CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 39110|Reply: 0

[Kedah] Penjawat awam, pasangan didakwa berkhalwat dalam rumah

[Copy link]
Post time 25-11-2024 07:16 PM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 25-11-2024 07:17 PM

Penjawat awam, pasangan didakwa berkhalwat dalam rumah

SITI ZUBAIDAH ZAKARAYA
25 November 2024 03:57pm




Seorang penjawat awam dan pasangannya mengaku tidak bersalah atas pertuduhan berkhalwat di Mahkamah Rendah Syariah Baling pada Isnin.




BALING - Seorang penjawat awam dan pasangannya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Rendah Syariah Baling pada Isnin atas satu pertuduhan berkhalwat pada 16 November lalu.

Penjawat awam, Muhammad Ridhwan Shukri, 35, dan pasangan, Zariyanti Zain, 35, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Syarie, Redwana Mat Radzuan pada Isnin.


Mengikut pertuduhan, mereka didakwa berada bersama orang Islam yang bukan isteri, suami atau mahram dalam keadaan yang boleh menimbulkan syak bahawa melakukan perbuatan maksiat.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah dekat Kuala Pegang di sini jam lebih kurang 10 malam, 16 November 2024.

Akibat perbuatan itu, mereka didakwa melakukan kesalahan bawah Seksyen 25 (a) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Kedah Darul Aman) 2014 yang boleh dihukum bawah seksyen yang sama.

]
Seorang penjawat awam dan pasangannya mengaku tidak bersalah atas pertuduhan berkhalwat di Mahkamah Rendah Syariah Baling pada Isnin.




Jika sabit kesalahan boleh dihukum denda tidak melebihi RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Pertuduhan dikendalikan Pendakwa Syarie, Syakirah Jamal Abidi.



Mahkamah menawarkan jaminan kepada Muhammad Ridhwan sebanyak RM1,800 beserta seorang penjamin manakala Zariyanti dibenarkan jaminan sebanyak RM1,500 dan seorang penjamin.

Kes akan bersambung pada 21 Januari 2025.


https://www.sinarharian.com.my/article/698553/berita/semasa/penjawat-awam-pasangan-didakwa-berkhalwat-dalam-rumah


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-1-2025 02:52 PM GMT+8 , Processed in 0.041483 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list