CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7972|Reply: 0

[Pulau Pinang] Bank Pembangunan biaya RM75 juta pembesaran Hospital Besar Pulau Pinang

[Copy link]
Post time 25-11-2024 03:30 PM | Show all posts |Read mode
Bank Pembangunan biaya RM75 juta pembesaran Hospital Besar Pulau Pinang
Oleh BERNAMA - November 25, 2024 @ 3:25pm



Hospital Besar Pulau Pinang - Foto BERNAMA



KUALA LUMPUR: Bank Pembangunan Malaysia Bhd (BPMB) dan Aim Concept Sdn Bhd (ACSB) menandatangani kemudahan pembiayaan sebanyak RM75 juta untuk memulakan projek bernilai RM428 juta bagi pembesaran klinik dan wad pakar Hospital Besar Pulau Pinang.

Dalam satu kenyataan hari ini, BPMB berkata projek itu termasuk kemudahan setinggi 15 tingkat dengan 216 katil yang dilengkapi klinik pakar dan wad untuk kardiotorasik, neurosurgeri, oftalmologi, telinga, hidung dan tekak (ENT), rawatan rapi, perkhidmatan dengan penggantungan yang tinggi dan dewan bedah yang canggih dilengkapi pembedahan robotik.

Bank itu juga berkata, projek berkenaan akan mewujudkan 2,100 pekerjaan, menangani jurang dalam penjagaan pakar, mengurangkan kesesakan dan meningkatkan akses kepada rawatan yang berkualiti dan tepat pada masanya.

"Pembiayaan itu mencerminkan tujuan BPMB untuk menyediakan modal impak bagi pembangunan negara.

"Penilaian terhadap pembiayaan ini dilakukan melalui rangka kerja mengukur impak terhadap pembangunan negara (MIND) BPMB, memastikan penyelarasan dengan standard alam sekitar, sosial dan tadbir urus serta objektif Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) kerajaan," katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan BPMB, Roni Abdulwahab, berkata ini mencerminkan sokongan dan kerjasama ekosistem institusi kewangan pembangunan (DFI) dalam mengukuhkan mandat keseluruhan, daripada perusahaan kecil dan sederhana hinggalah kepada syarikat berskala besar yang berdaya saing tinggi.

"Melalui ekosistem DFI, terdapat kesinambungan sokongan dan modal ke arah pembangunan usahawan Bumiputera ke peringkat pertumbuhan seterusnya," kata beliau.
-BERNAMA

https://www.bharian.com.my/bisnes/korporat/2024/11/1328664/bank-pembangunan-biaya-rm75-juta-pembesaran-hospital-besar-pulau






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 08:26 PM GMT+8 , Processed in 0.046734 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list