CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6803|Reply: 0

[Pulau Pinang] Peruntukan RM60,000 ADUN pembangkang Pulau Pinang kekal bagi 2025

[Copy link]
Post time 25-11-2024 12:57 PM | Show all posts |Read mode
Peruntukan RM60,000 ADUN pembangkang Pulau Pinang kekal bagi 2025

BERNAMA - November 25, 2024 @ 12:12pm



Chow Kon Yeow. - Foto fail NSTP



GEORGETOWN: Kerajaan Pulau Pinang memperuntukkan RM60,000 kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang bagi tahun 2024, dan jumlah itu akan dikekalkan tahun 2025, kata Ketua Menteri, Chow Kon Yeow.

Kon Yeow berkata kerajaan negeri tidak berhasrat untuk menambah peruntukan kepada ADUN pembangkang, kerana telah melantik Pegawai Penyelaras KADUN (PPK) di kawasan berkenaan.

"Bagi tahun 2024, kerajaan negeri telah memperuntukkan RM500,000 kepada ADUN kerajaan, dan masing-masing RM60,000 (ADUN pembangkang) serta RM100,000 (PPK).

"Di samping itu, segala peruntukan demi manfaat penduduk, tidak kira di kawasan ADUN kerajaan mahupun ADUN pembangkang telah diselaraskan secara bersepadu oleh jabatan, agensi serta anak syarikat kerajaan negeri, yang antara lain diterjemahkan kepada projek dan program di bawah Jawatankuasa Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri atau pelaksanaan projek program secara langsung oleh kerajaan negeri," katanya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang di sini hari ini.

Kon Yeow menjawab soalan Zulkefli Bakar (PN-Penanti) yang bertanya berkenaan peruntukan diterima ADUN pembangkang.

Beliau turut menekankan bahawa sebagai wakil rakyat, semua ADUN boleh mengetengahkan masalah atau permintaan penduduk di kawasan mereka kepada jabatan dan agensi kerajaan negeri yang sentiasa bersedia membantu rakyat dengan mengamalkan dasar "no wrong door policy".

Sementara itu, dalam soalan tambahannya, Zulkefli mengenai sama ada kerajaan negeri akan mempertimbangkan untuk meningkatkan elaun semua ADUN agar mereka boleh berkhidmat kepada rakyat di kawasan sendiri dengan tambahan peruntukan berkenaan.

Kon Yeow berkata sememangnya elaun ADUN kali terakhir diselaraskan 10 tahun lepas, dan sepatutnya diselaraskan setiap 10 hingga 15 tahun.

"Namun, elaun wakil rakyat di peringkat Parlimen juga tiada penyelarasan sejak 10 tahun lepas. Sekiranya kerajaan Persekutuan melakukan kajian tentang keperluan penyelarasan ini, kerajaan negeri juga akan melakukan kajian berkenaan," katanya. – BERNAMA

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/11/1328555/peruntukan-rm60000-adun-pembangkang-pulau-pinang-kekal-bagi-2025





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 08:35 PM GMT+8 , Processed in 0.188491 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list