CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 63905|Reply: 0

[Pulau Pinang] Suami pergi selamanya sebulan sebelum majlis konvo

[Copy link]
Post time 23-11-2024 04:20 PM | Show all posts |Read mode
Suami pergi selamanya sebulan sebelum majlis konvo

Siti Aminah Mohd Yusof[email protected]




Ezuria Edora diapit ibu bapa mentuanya, Nor Hayati dan Idris Ahmad bersama dua anak, Ezriq Aisy Faiqal, Elise Arish Elliya, selepas menerima Ijazah Sarjana Muda Pengurusan untuk dirinya dan arwah suami pada Upacara Konvokesyen Universiti Sains Malaysia ke-62. FOTO AMINAH YUSOF




Georgetown: Impian penjawat awam mahu menggengam ijazah bersama suami selepas menamatkan pengajian mereka tidak tercapai apabila bapa kepada dua anak itu meninggal dunia kira-kira sebulan sebelum majlis konvokesyen mereka berlangsung.

Ezuria Edora Dzafrul Akhtar, 30, berkata suaminya Isma Farid Idris, 30, selama ini menjadi insan penting mendorong dirinya untuk melanjutkan pelajaran.

Menurutnya, mereka turut merancang menyambung pengajian pada peringkat Ijazah Sarjana di Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh (PPPJJ) selepas berjaya meraih Ijazah Sarjana Muda Pengurusan.

"Banyak kali arwah cakap tak sabar menghadiri majlis konvokesyen bersama anak-anak selepas lima tahun kami belajar. Setiap tahun selama tiga minggu, kami perlu mengikuti sesi pembelajaran intensif di kampus kecuali semasa musim Covid-19.

"Saya sebenarnya sekelas bersama suami sejak tahun satu di Sekolah Kebangsaan Sri Layang, Genting Highlands dan hingga tingkatan tiga di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sulaiman, Bentong Pahang.

"Cuma semasa tingkatan empat dan lima, kami tidak berada di kelas sama kerana berbeza aliran. Jadi saya kehilangan sahabat sejati serta suami yang begitu sempurna dan menjadi penggerak kejayaan kami," katanya ketika ditemui di kampus Universiti Sains Malaysia (USM), di sini, hari ini.

Ezuria Edora berkata, arwah yang bertugas di Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) secara tiba-tiba rebah ketika bermain futsal sebelum disahkan meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 13 Oktober lalu.

Menurutnya, Yang Dipertua Kelab Kebajikan dan Rekreasi Perkeso Klang itu dikenali seorang yang aktif bersukan dan tiada sejarah penyakit sebelum insiden itu berlaku.

"Hasil bedah siasat mendapati saluran jantung suami tersumbat. Arwah seorang yang sentiasa bersemangat, sihat, cergas dan boleh dikatakan setiap minggu bermain bola sepak.

"Selepas pemergian suami, saya buat keputusan tangguh dahulu sambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana untuk beri tumpuan mengurus dua anak kami, Ezriq Aisy Faiqal, 7, Elise Arish Elliya, 5," katanya.

Sementara itu, ibu mentuanya, Nor Hayati Abdul Wahab, 61, berkata anak bongsu daripada tiga beradik berkenaan sempat berpesan supaya memakai pakaian berwana putih ketika menghadiri majlis konvokesyen, kira-kira dua minggu sebelum dia menghembuskan nafas terakhir.

"Pesanan itu arwah hanya beritahu kepada mak cik seorang. Sebelum itu arwah ajak kami sekeluarga berkumpul di Shah Alam, Selangor dan kami makan tengah hari di luar. Itulah pertemuan terakhir kami.

"Arwah memang rapat dengan mak cik dan dia satu-satunya anak lelaki, jadi hasratnya yang minta pakai baju putih itu akan mak cik tunaikan," katanya sebak.

Disiarkan pada: November 23, 2024 @ 4:09pm
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/11/1158318/suami-pergi-selamanya-sebulan-sebelum-majlis-konvo





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 09:03 PM GMT+8 , Processed in 0.056026 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list