CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 63633|Reply: 0

[Pulau Pinang] Warga asing lari 'tinggal' sayur sangka diserbu pihak berkuasa

[Copy link]
Post time 23-11-2024 10:41 AM | Show all posts |Read mode
Warga asing lari 'tinggal' sayur sangka diserbu pihak berkuasa

Zuhainy Zulkiffli[email protected]




Suasana sibuk di Pasar Borong Pulau Mutiara, Gat Lebuh Macallum, di sini, bertukar sepi dan lengang ketika didatangi Skuad Banteras dan pasukan dari Majlis Bandaya Pulau Pinang (MBPP) yang menjalankan pemantauan lambakan warga asing tanpa izin. FOTO ZUHAINY ZULKIFFLI




Georgetown: Suasana sibuk di Pasar Borong Pulau Mutiara, Gat Lebuh Macallum, di sini, bertukar sepi apabila dikunjungi pihak berkuasa yang menjalankan pemantauan lambakan warga asing tanpa izin, hari ini.

Difahamkan, ketika pemantauan dilakukan badan bukan kerajaan (NGO) Skuad Banteras dan anggota penguat kuasa Majlis Bandaya Pulau Pinang (MBPP) kira-kira 3.30 pagi didapati warga asing bertindak meninggalkan sayur-sayuran bagi menyembunyikan diri.

Ketua Skuad Banteras Wong Kin Wai berkata, walaupun hanya pemantauan bersama pihak berkuasa, ia menunjukkan ada dalam kalangan pekerja warga asing itu yang melakukan kesalahan.

Menurutnya, pelbagai alasan diberi majikan ketika pemantauan dijalankan selepas pekerja warga asing yang digaji mereka gagal menunjukkan dokumen pengenalan diri.

"Antara alasan ialah tidak sempat perbaharui permit dan ada antara mereka yang mempunyai permit bekerja bagi sektor lain tetapi bekerja sebagai pembantu jualan di pasar itu.

"Terdapat juga majikan yang menggajikan pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR)," katanya.

Hadir sama, Ahli Majlis MBPP Abdul Latif Mohamad.

Kin Wai berkata, pemantauan dibuat selepas pihaknya menerima lebih 10 aduan mengenai kebanjiran warga asing di kawasan berkenaan.

Menurutnya, menerusi maklumat diterima, terdapat kira-kira 5,000 warga asing tinggal di sekitar kawasan berkenaan, menjadikan ia lokasi paling ramai dihuni golongan itu di bahagian pulau negeri ini.

"Kita mahu pastikan warga asing yang tinggal di sini, bebas daripada melakukan kesalahan terutama membabitkan syarat sah tinggal di negara ini.

"Kita juga bimbang jika jumlahnya terlalu ramai atau tidak ditangani, ia mendorong perlakuan jenayah atau kegiatan tidak bermoral," katanya.

Sementara itu, pembantu premis jualan sayur berasal dari India mendakwa pasar borong berkenaan beroperasi bermula 10 malam setiap hari.

"Saya sudah 15 tahun bekerja di sini dan biasanya waktu ini, keadaan sudah mula sibuk, namun hari ini agak sepi," katanya yang fasih bertutur dalam Bahasa Melayu.

Disiarkan pada: November 23, 2024 @ 10:34am
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/11/1158169/warga-asing-lari-tinggal-sayur-sangka-diserbu-pihak-berkuasa





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-1-2025 03:09 PM GMT+8 , Processed in 0.047023 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list