CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 68744|Reply: 19

[Tempatan] 1.95 juta jadi hamba abdi moden, kerja tidak setara kelayakan

[Copy link]
Post time 23-11-2024 06:59 AM | Show all posts |Read mode
Edited by maklukpenggoda at 23-11-2024 11:06 AM

KUALA LUMPUR: Bilangan guna tenaga tidak penuh berkaitan kemahiran meningkat 1.4 peratus kepada 1.95 juta orang pada suku ketiga 2024 berbanding tempoh yang sama tahun lalu, demikian menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).


Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin, berkata perangkaan itu menggambarkan bahawa lebih satu pertiga penduduk bekerja berpendidikan tertiari tetapi bekerja dalam kategori pekerjaan separuh mahir atau berkemahiran rendah.


Walau bagaimanapun, beliau berkata momentum pasaran buruh Malaysia secara keseluruhan bertambah baik pada suku ketiga berikutan peningkatan berterusan permintaan dan penawaran.


Katanya, keadaan ini selari dengan jangkaan perkembangan ekonomi untuk mencapai pertumbuhan 4.8 peratus hingga 5.3 peratus pada 2024.


Prestasi ini disokong oleh aktiviti pelaburan yang teguh, permintaan domestik yang berdaya tahan dan pemulihan dalam eksport barangan dan perkhidmatan.


“Pelaksanaan inisiatif seperti sistem imbuhan perkhidmatan awam baharu dan model gaji progresif juga dijangka menyokong pertumbuhan ekonomi yang lebih mampan pada masa hadapan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.


Sementara itu, kadar pengangguran yang lebih rendah dicatatkan iaitu 3.2 peratus, turun daripada 3.3 peratus yang direkodkan dalam tiga suku berturut-turut sebelumnya.


Mohd Uzir berkata, permintaan buruh di Malaysia mencecah paras tertinggi sejak 2018, dengan mencatatkan 9.01 juta jawatan dalam sektor swasta dengan pertumbuhan tahunan sebanyak 1.2 peratus.


Daripada jumlah ini, katanya 97.9 peratus (8.82 juta jawatan) adalah jawatan disi, manakala 2.1 peratus (191,800) adalah kekosongan jawatan, terutamanya dalam sektor pembuatan yang menyumbang 56.9 peratus (109,100) daripada jumlah kekosongan.


Walau bagaimanapun, katanya bilangan jawatan yang diwujudkan menurun sedikit sebanyak 0.6 peratus tahun ke tahun, merekodkan 31,800 jawatan pada suku ketiga 2024.


“Pasaran buruh Malaysia terus berkembang pada suku ketiga 2024 apabila kedua-dua penawaran buruh dan permintaan buruh bertambah baik, mencerminkan prestasi ekonomi negara yang kukuh disokong oleh permintaan domestik yang berdaya tahan dan pengembangan berterusan dalam eksport negara.



Buletin TV3



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-11-2024 07:41 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2024 08:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Imma… slave for uuuuu!

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2024 08:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Kosser la. Ko nak kerja sebijik apa yang ko belajar jadi lecturer la. Tu pun mengajar subjek sama aje sampai ajm
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2024 08:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Yeeee, lepas tu bila graduan x competitive, import la expat dr india, uk us masuk sini. Padahal melambak graduan, tp x berkualiti

So kalau gomen bawa masuk malaysia pelaburan bilion2 pon, x tentu rakyat malaysia dpt keje
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2024 09:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Bila masa lak jadi hamba abdi moden just because kerja tak sama dgn kelayakkan.  Jadi kau gi ambil jurusan space engineering dgn harapan kau dpt kerja bidang sama di malaysia ke?  End up kerja HR so tu dah kira jadi hamba abdi la ye?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-11-2024 09:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Kau amek course bodoh2 budak kelas belakang amek mcm botani botani segala jadah tu pastu kau expect jadi pegawai IT??
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2024 10:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Anyway.. awal2 kerja tu biasa lah.. semua orang miskin.. what do u expect?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-11-2024 10:51 AM | Show all posts
Edited by kasibiman at 23-11-2024 10:57 AM

https://www.instagram.com/reel/D ... sh=MzRlODBiNWFlZA==
  


kau rasa?

Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2024 11:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Acik2 forem yg tanggung laki pon boleh sekali kaut masuk dlm satistik nehhh
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2024 12:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Keje jahh dulu.. awal2 mmg gaji ciput.. baper expectation gaji?
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2024 12:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Staff CF masuk ke idok?

Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2024 12:45 PM From the mobile phone | Show all posts
warga Msia pemalas-kapitalis/majikan Msia
kita tolong amik warga asing-gomen
Begitula formulanya-raja formula
               
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2024 01:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Malaysia ni x menghargai org bijak pandai pekerjaan utk bijak pandai x byk, pekerjaan utk warga asing sangat banyak, malah pekerjaan haram juga banyak perlacuran ah long scammer peminta sedekah kebun haram pill seludup subsidi
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2024 01:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak payah sekolah kan anak2 ... so tak payah susah2 kerja. boleh resign & segggsss bila-bila suka

-Nurdiana Naim-
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2024 01:15 PM | Show all posts
Kurangkanlah graduan...

bermula zaman najib, institusi pendidikan dah jadi bisnes, maka terpaksa keluarkan ramai graduan untuk dpt income, bila amai graduan kerja sepadan kelihatannya kurang sebab graduan katanya terpaksa kerja yg tak setaraf... itu tandanya kerajaan perlu usaha kearah sediakan peluang pekerjaan hingga sampai kpd keadaan yg realistik.. jgn tolak semuanya kepada individu..

kerajaan cubalah buat allocation, yang betul pandai tu bolehlah masuk u, sedang-sedang tu train untuk kemahiran... yang kurang skill otak latih kerja 3d, bukan import pekerja asing.. urus gaji dgn baik supaya kerja2 tak popular tu masih ada rakyat malaysia yang boleh buat

keadaan akan bertambah teruk jika tak buat perubahan sekarang..  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-11-2024 01:16 PM From the mobile phone | Show all posts
ninja boy replied at 23-11-2024 01:11 PM
Malaysia ni x menghargai org bijak pandai pekerjaan utk bijak pandai x byk, pekerjaan utk warga asin ...

kita dah tunaikan manifesto tuk wujudkan 1 juta peluang pekerjaan...tetapi bukan tuk warga tempatan...bodoh tak pengundi..kami gula gulakan...-raja formula
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2024 01:19 PM From the mobile phone | Show all posts
kepompong replied at 23-11-2024 01:12 PM
Tak payah sekolah kan anak2 ... so tak payah susah2 kerja. boleh resign & segggsss bila-bila suka

...

betul letew..ko sekolah tinggi..pastu ko ',MERAYU' minta kerja ngn orng..orng x nak amik...nak idup akhirnya ko terpaksa jual  karipap...buek ghapo???
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2024 09:17 PM | Show all posts
Skuau replied at 23-11-2024 01:19 PM
betul letew..ko sekolah tinggi..pastu ko ',MERAYU' minta kerja ngn orng..orng x nak amik...nak idu ...

and buat grab....
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2024 10:43 PM | Show all posts


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 02:13 AM GMT+8 , Processed in 0.055693 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list