CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 23362|Reply: 0

[Pulau Pinang] Kes gaduh korek mata: Lelaki Myanmar didakwa

[Copy link]
Post time 22-11-2024 03:09 PM | Show all posts |Read mode
Kes gaduh korek mata: Lelaki Myanmar didakwa

Nur Izzati Mohamad[email protected]




TERTUDUH (kiri) diiringi polis di Mahkamah Butterworth. FOTO Danial Saad




Butterworth: Suspek lelaki warga Myanmar yang mengorek mata lelaki tempatan hingga mengakibatkan kecacatan kekal dalam pergaduhan di Tasek Gelugor, Sabtu lalu dihadapkan di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini.

Tertuduh, Murtabis , 28, mengaku bersalah ketika kertas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Penolong Pendaftar Mohamad Azrul Muhd Sobri.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa menyebabkan cedera parah terhadap lelaki berusia 52 tahun.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Jalan Ara Kuda, Tasek Gelugor, kira-kira 2 petang, 16 November lalu.

Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan yang sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun dan denda.

Tertuduh juga mengaku bersalah atas pertuduhan tidak memiliki pas sah mengikut undang-undang untuk masuk ke negara ini mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM10,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya dan sebatan tidak lebih enam sebatan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa RayaAirina Syazreen Zainurin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 13 Disember depan untuk kehadiran jurubahasa Myanmar.

Disiarkan pada: November 22, 2024 @ 1:57pm
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/11/1157896/kes-gaduh-korek-mata-lelaki-myanmar-didakwa





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 08:20 PM GMT+8 , Processed in 0.111042 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list