View: 31027|Reply: 7
|
[Tempatan]
Hujan luar jangka 5 negeri bersiap siaga
[Copy link]
|
|
Edited by maklukpenggoda at 20-11-2024 12:36 PM
SEREMBAN: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) memberi tumpuan utama kepada Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor dan barat Sarawak yang dijangka terdedah kepada hujan luar jangka pada bulan hadapan hingga boleh mengakibatkan banjir.
Ketua Pengarahnya Datuk Nor Hisham Mohammad berkata JBPM dan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) bersama agensi lain memantau teliti fenomena luruan monsun tropika atau tekanan atmosfera rendah yang kemungkinan menyebabkan hujan berintensiti tinggi di beberapa kawasan berisiko di negeri berkenaan.
"Arahan telah diberikan agar penumpuan utama kepada negeri berkenaan termasuk bantuan logistik dari negeri bersempadan atau mobilisasi antara daerah. Kekhuatiran saya adalah pada luruan monsun tropika yang dijangka berlaku lima ke enam siri berdasarkan rekod Monsun Timur Laut (MTL) lepas.
Kalau ada hujan lebat dan banjir serentak dengan air pasang besar yang dijangka berlaku pada 16 hingga 18 Dis ini, kita beri fokus paling utama," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Pemakaian Pangkat Penguasa Bomba Gred KB54, KB52, KB48 dan KB44 kepada 68 pegawai di sini hari ini.
Beliau berkata JBPM turut bersiap siaga dengan 24,263 anggota membabitkan 13,646 pegawai sepenuh masa, pegawai bomba bantuan (2,196) dan anggota pasukan bomba sukarela (8,421) bagi menghadapi MTL termasuk pelbagai keperluan aset.
Dalam pada itu, beliau berkata tiada keperluan untuk menambah keanggotaan di beberapa negeri sebagai persediaan MTL ketika ini berikutan koordinasi antara agensi dapat dilaksanakan dengan baik sebaliknya lebih fokus kepada penambahan logistik termasuk bot, lori dan helikopter.
"Bagaimanapun, sekiranya banjir semakin buruk, kita akan tukar syif anggota daripada 12 jam ke 24 jam pada bila-bila masa apabila berlaku insiden. Ia sama ada kita akan tukar syif 24 jam atau tambah anggota daripada 33 peratus ke 50 peratus.
"Tapi kalau tukar syif pun tak dapat jangka, kita akan mulakan pergerakan antara daerah dan sambung pergerakan antara negeri. Sekarang ini 22 pasukan gerak cepat dalam siap siaga, kita bagi isyarat sahaja dan mereka sedia masuk ke kawasan bencana," katanya.
BERNAMA
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Jangan pergi mandi sungai, jangan pergi hiking, jangan pergi memancing..
Kalau boleh elakkan aktiviti luar, duduk rumah time hujan lapar je selalu
Sekian nasihat khidmat masyarakat |
|
|
|
|
|
|
|
time hujan sedap tidur dirumah kan hehehe
|
|
|
|
|
|
|
|
Time hujan2 sejuk2 memang sedap kalau dapat makan maggie panas2. Iols paling suka maggie big kari tu. Portion pun banyak. Rebus kuah dulu, taruk 2 3 biji bawang putih, taruk telur, sayur sawi, bebola ikan, last maggie. Lepas tu perah limau nipis @ lemon. Sedapnyaa |
|
|
|
|
|
|
|
Lepas tido bangon makan solat sambung tido balik, selesa betul
Tapi kalau banjir tak best lah, tido2 tahu2 katil dah terapung
|
|
|
|
|
|
|
|
kalau mcm tu sebelum tidur kena sediakan dayung sebelum hujan. |
|
|
|
|
|
|
|
Minta majikan consider wfh, kalau hujan lebat dari mengadap jem banjir pi balik kerja baik wfh |
|
|
|
|
|
|
| |
|