CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14262|Reply: 0

[Sarawak] Semua guru digesa segera menandatangani SSPA

[Copy link]
Post time 19-11-2024 11:11 AM | Show all posts |Read mode


UNTUK ALBUM: Ahli KGBS merakam kenangan bersama pada persidangan luar biasa di Kampung Telok Melano baru-baru ini.

KUCHING: Guru yang belum menandatangani Pekeliling Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) digesa berbuat demikian untuk kenaikan gaji asas mereka.

"Guru-guru yang belum menandatangani SSPA jangan melengahkan masa kerana SSPA adalah skim yang terbaik kerana kenaikan gaji adalah asas kepada skim ini," kata Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) Dato Dr Adnan Mat yang diwakili Setiausaha Kewangan Kebangsaannya Anuar Mamat.

Pihaknya sebelum itu telah mengadakan persidangan luar biasa menghimpunkan seramai 50 perwakilan dari 12 Cawangan Kesatuan Guru Bumiputera (KGBS) seluruh Sarawak.

Semua ahli yang hadir telah berkampung di Kampung Telok Melano dari 15 hingga 17 November lalu untuk membincangkan beberapa pindaan peraturan yang sedia ada di dalam Buku Peraturan KGBS.

Persidangan selama tiga hari dua malam itu juga telah diisikan dengan beberapa program menarik lainnya.

Sementara itu, Presiden KGBS Zulkiflee Sebli berharap tiada ahli yang menolak SSPA kerana jika mereka menolak, mereka akan ketinggalan.

"Jangan berfikir panjang untuk menerima opsyen ini kerana jika menolak, guru-guru tidak akan menikmati kenaikan gaji Disember nanti.

“Kesatuan kita melalui CUEPACS dan Majlis Bersama Kebangsaan (MBK) sudah agak lama memperjuangkan kebajikan ahli.

“Bila sudah berjaya memperjuang kenaikan gaji, jadi tiada sebab untuk ahli menolak.

"Saya mohon kepada semua guru agar segera menandatangani SSPA.

“Kenaikan lapan peratus pada gaji Disember ini dan tujuh peratus pada 1 Januari 2026 pasti akan banyak membantu mengurangkan bebanan perbelanjaan kita," kata tegas Zulkiflee.

Sepanjang tiga hari di Kampung Telok Melano, beberapa aktiviti telah dijalankan, antaranya Program CSR bersama kariah Masjid Nurul Naim, Kampung Telok Melano selain ceramah bertajuk  Kepentingan Kesatuan yang disampaikan oleh bekas Presiden KGBS Ahmad Malie.

Majlis penangguhan persidangan pula telah diisikan dengan penerangan dan ulasan SSPA oleh Anuar Mamat dan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) menjadikan Sekolah Kebangsaan Telok Melano sebagai Sekolah Angkat Akademik KGBS.

Turut hadir pada majlis penangguhan persidangan ialah Guru Besar SK Telok Melano Bohari Manan serta bekas Pengerusi CUEPACS Sarawak Ahmad Malie.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
'Kundasang tak sejuk lagi, tak nyaman lagi'
ultra78'Kundasang tak sejuk lagi, tak nyama
Views : 4758 Replies : 12
ICC Keluarkan Waran Tangkap Ke Atas Netanyahu
MahathirinaICC Keluarkan Waran Tangkap Ke Atas Neta
Views : 101 Replies : 0
Miss Universe 2024 - Miss Universe Thailand
perrrghhhhMiss Universe 2024 - Miss Universe Thail
Views : 38387 Replies : 151
Rugi RM789 juta
maklukpenggodaRugi RM789 juta
Views : 29916 Replies : 13
Jom Kongsi Gambar
VellfireJom Kongsi Gambar
Views : 10960 Replies : 280
Anak Trump: Biden Sengaja Mahu Cetuskan Perang Dunia III Sebelum Bapanya Angkat Sumpah
^CUN_GILA~.Anak Trump: Biden Sengaja Mahu Cetuskan
Views : 12090 Replies : 44
Instafamous Rempit (kak yah, kak zah & the geng) part 3
hotmakInstafamous Rempit (kak yah, kak zah & t
Views : 227164 Replies : 1787
Bekas isteri Hafidz Roshdi diperintah hadir ke makamah Januari depan
maklukpenggodaBekas isteri Hafidz Roshdi diperintah ha
Views : 235045 Replies : 6520
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 86911 Replies : 869
Uji Minda :)
yoanaUji Minda :)
Views : 107664 Replies : 1750

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 09:09 PM GMT+8 , Processed in 0.052269 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list