CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14324|Reply: 0

[Sabah] USIA melangkah setapak lagi dalam pembangunan dakwah, rasmi PPK Wanita USIA di Tanjung Aru

[Copy link]
Post time 18-11-2024 11:53 AM | Show all posts |Read mode


TERIMA KASIH: Aminah menyampaikan cenderakenangan kepada Samad sempena majlis perasmian itu.

KOTA KINABALU: Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) melangkah setapak lagi dalam program pembangunan dakwahnya menerusi penubuhan Pusat Pembangunan Komuniti (PPK) Wanita USIA yang dirasmikan kelmarin.

Terletak di Tanjung Aru, berdekatan Masjid Al-Kautsar, PPK itu dibangunkan di atas tapak tanah milik USIA.

Ia dicadang untuk dijadikan sebagai kelas Kafa selain pusat kegiatan pemerkasaan wanita melalui program yang menjurus kepada pembangunan modal insan seperti penguasaan ilmu pengetahuan, pengajian agama dan kelas-kelas al-Quran, kaunseling kekeluargaan serta aktiviti kemahiran.

Pusat yang dibina dengan kos RM200,000 peruntukan kerajaan negeri itu dirasmikan oleh Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Samad Jambri.



RASMI: Samad menandatangani plak sebagai simbolik perasmian PPK Wanita USIA di Tanjung Aru.

Hadir sama Yang Dipertua USIA, Datuk Hj Sapawi Hj Ahmad; Timbalan Yang Dipertua, Datuk Abdul Hakim Gulam Hassan; Ketua Wanita USIA, Datuk Hajah Aminah Aching; dan Ketua Belia USIA, Datuk Jamawi Jaafar.

Turut hadir Setiausaha Agung, Datuk Iman Ali dan Ketua Penerangan, Datuk Salsidu Ibrahim.

Dalam ucapannya, Samad berharap PPK itu diurus tadbir secara teratur dan konsisten kerana ia memberi impak signifikan kepada kesejahteraan ahli USIA dan masyarakat sekitarnya, khususnya di kawasan Tanjung Aru dan Kota Kinabalu.

"Secara peribadi, saya sangat dekat dan mengikuti setiap perkembangan USIA dalam penganjuran aktiviti keagamaan, kebajikan dan kemasyarakatan.

"Lebih-lebih lagi sejak di bawah kepimpinan Datuk Sapawi Ahmad selaku Yang Dipertua, nama USIA semakin terpancar samada di peringkat bahagian dan peringkat negeri hatta di peringkat nasional juga," katanya.


AMANAT: Samad berucap merasmikan pusat berkenaan yang letaknya di Tanjung Aru.

Samad yang juga Naib Yang Dipertua USIA berkata, beliau menyedari usaha gigih Sapawi serta pimpinan dalam usaha merealisasikan Pelan Strategik Pembugaran USIA.

Katanya, pengwujudan PPK Wanita USIA Negeri Sabah itu adalah salah satu inisiatif kepemimpinan USIA untuk menjadikannya sebagai platform `Satu Hentian Pelbagai Perkhidmatan'.

Beliau yakin dengan terbinanya PPK itu akan menjadi wadah serta berperanan sebagai pusat aktiviti pemerkasaan wanita dan pembangunan dakwah.

Sehubungan itu, beliau berterima kasih kepada semua pihak yang mengembleng usaha bersama bagi melancarkan pengoperasiannya.

"Kerjasama ini amat penting kerana setiap jabatan atau agensi mempunyai peranan dan tanggungjawab yang berbeza.

"Badan bukan kerajaan (NGO) perlu bekerjasama rapat dengan kerajaan dan pihak swasta untuk bersama-sama memainkan peranan dalam pembangunan negeri dan negara," katanya.


ALBUM: Samad dan Sapawi bergambar bersama pimpinan USIA serta sebahagian tetamu kehormat yang hadir.

Sementara itu, Aminah dalam ucapannya menyatakan penghargaan kepada kerajaan negeri atas penyediaan peruntukan RM200,000 bagi pembinaan pusat berkenaan.

Beliau berharap pusat itu akan menjadi gedung ilmu untuk komuniti setempat, selain berhasrat untuk memperbesarkannya lagi pada masa depan.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
'Kundasang tak sejuk lagi, tak nyaman lagi'
ultra78'Kundasang tak sejuk lagi, tak nyama
Views : 4758 Replies : 12
ICC Keluarkan Waran Tangkap Ke Atas Netanyahu
MahathirinaICC Keluarkan Waran Tangkap Ke Atas Neta
Views : 101 Replies : 0
Miss Universe 2024 - Miss Universe Thailand
perrrghhhhMiss Universe 2024 - Miss Universe Thail
Views : 38387 Replies : 151
Rugi RM789 juta
maklukpenggodaRugi RM789 juta
Views : 29916 Replies : 13
Jom Kongsi Gambar
VellfireJom Kongsi Gambar
Views : 10960 Replies : 280
Anak Trump: Biden Sengaja Mahu Cetuskan Perang Dunia III Sebelum Bapanya Angkat Sumpah
^CUN_GILA~.Anak Trump: Biden Sengaja Mahu Cetuskan
Views : 12090 Replies : 44
Instafamous Rempit (kak yah, kak zah & the geng) part 3
hotmakInstafamous Rempit (kak yah, kak zah & t
Views : 227164 Replies : 1787
Bekas isteri Hafidz Roshdi diperintah hadir ke makamah Januari depan
maklukpenggodaBekas isteri Hafidz Roshdi diperintah ha
Views : 235045 Replies : 6520
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 86911 Replies : 869
Uji Minda :)
yoanaUji Minda :)
Views : 107664 Replies : 1750

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 09:40 PM GMT+8 , Processed in 0.071732 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list